Istri minta izin suami untuk pelvk bekas kekasih buat kali terakhir di majlis pernikahan mereka

Bayangkan, kalau bekas kekasih suami atau isteri memunculkan diri sewaktu hari bahagia korang, pasti akan timbul perasaan kurang senang terhadap individu terbabit, kan?

Hah! Tetapi lain pula yang berlaku bagi pasangan pengantin yang berasal dari Indonesia ini.

Perkongsian berbentuk video tersebut dimuat naik di aplikasi TikTok oleh mayangkumay.

Dalam video tersebut, Mayang dilihat memelvk erat bekas teman lelaki yang hadir di majlis pernikahannya mengenakan baju berwarna putih.

Bagaimanapun, dia sempat meminta izin dahulu kepada si suami yang berada di sebelahnya sebelum memelvk lelaki itu.

VIDEO :

Siapa sangka, si suami menganggukkan kepala sebagai tanda memberi izin kepada isterinya.

Sudah dapat ‘lampu hijau’ daripada suami, apa lagi, wanita itu dengan pantas dan bahagianya memelvk erat bekas teman lelakinya.

Selepas itu, boleh pula dengan selambanya lelaki berkenaan bersalaman dengan si suami dan memberi ucapan tahniah, macam tiada apa yang berlaku. Aduhai!

VIDEO :

Insecure dengan suami. Minta izin peluk bekas kekasih untuk yang terakhir kalinya,” tulisnya di dalam video.

Video terbabit menjadi tular di serata laman sosial dan telah ditonton ribuan kali oleh warganet.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mengecam perbuatan si isteri yang tanpa segan silu memelvk lelaki lain di majlis pernikahannya.

Si suami itu pun, tidak mungkinlah tiada perasaan mar4h bila tengok isteri pelvk lelaki lain dengan penuh kasih-sayang macam itu.

Macam-macam betul ragam manusia zaman sekarang!

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : transformasipw / @mayangkumay

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.