“Pak Menteri Lanjut Umur Jadi Pisau Syukur, Rakyat Disuruh Bersyukur” – Naim Daniel

Naim Daniel menerusi ciapannya di Twitter meny1ndir ahli politik, menteri khususnya yang menghabiskan wang rakyat demi kepentingan diri.

Kredit foto: IG

Meletakkan dirinya sebagai rakyat, penyanyi dan pelakon itu berkata dia melihat pelbagai perubahan dialami Malaysia sejak dilanda pandem!k Cov1d-19 tahun lalu.

“Kita nampak perubahan ketara, ada baik buruknya kepada rakyat terutama mereka yang betul-betul terkesan sehingga terpaksa melakukan dua atau tiga kerja untuk meneruskan kehidupan. Malah, hingga ada yang terk0rban nyawa seperti penghantar makanan misalnya,” katanya kepada Gempak.

Kredit foto: Twitter

Naim bagaimanapun, menjelaskan bahawa dia tidak ‘pukul rata’ kenyataannya itu terhadap mana-mana pihak secara khusus.

“Sebagai rakyat, kita punya suara untuk apa yang berlaku. Tapi saya tidak pukul rata mana-mana pihak, namun kita tahu siapa yang lakukan tugas atau siapa yang melakukan tugas sambil lewa. Ini soal tanggungjawab.

“Apa yang saya tulis itu adalah dari hati seorang rakyat. Suka atau tidak, kita semua sedar apa yang berlaku sekarang ini kesannya akan dirasa rakyat,” ujarnya.

Kredit foto: IG

Katanya, rakyat tidak akan sembarangan meluahkan perasaan kalau mereka tidak merasakannya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : CARI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.