Netizen Seb4k Lihat Warga Emas Berlari Balik Nak Selamatkan Barang Rumah Terbakar

Tatkala seluruh umat Islam sedang sibuk memikirkan persiapan untuk berbuka puasa, seorang wanita terpaksa berdepan detik cemas apabila rumah yang dihuninya itu hangus dijilat api.

Di TikTok, Eyrin, berkongsi momen di mana wanita tersebut sedang berlari menuju ke arah rumahnya itu.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku sewaktu wanita itu tidak berada di dalam rumahnya. Menyedari apa yang telah berlaku sebaik sahaja pulang semula ke rumah, wanita tersebut dilihat berlari menuju ke arah rumahnya. Lebih menyedihkan, ada individu telah menahannya daripada memasuki rumah tersebut.

Penduduk setempat dan anggota bomba turut kelihatan di pekarangan rumah wanita tersebut. Rata-rata yang melihat kejadian itu turut berasa sedih dan bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita tersebut.
Kesiannya, dah dekat nak raya

Kesiannya, dah la nak raya. Tambah pula pandemik macam ni, ekonomi pun jatuh.

Sayunya hati tengok video ni. Supaya ada pihak yang sudi membantu.

Di ruangan komen, netizen meluahkan rasa sebak dan sayu melihat nasib yang menimpa wanita tersebut. Mereka berharap ada pihak yang sudi tampil dan menghulurkan bantuan buat wanita itu.

Sumber: Eyrin

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : https://ohbulan.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.