Tidur Di hentian motosikal dah 2 bulan tepi jalan besar béralas papan keras buat Ustaz Ebit Lew sedih

Terkejut bila ramai tag saya tentang adik ni. Tidur hentian motosikal bawah jejambat dah 2bulan. Tepi jalan besar. Beralas papan keras sahaja. Ada masalah emosi dan tekanan perasaan. Beliau bercerita sambil menangis-nangis. Asal Sarawak dan tiada mak ayah semenjak kecil. Pernah terlibat dengan sejarah hitam dan pahit. Pernah juga belajar agama.

Allahu sedihnya …

bagusnya Ustaz ,terbaik Ustaz

Saya dari kampung belum balik rumah bergegas cari adik ni. Sampai jer dia terus peluk saya dan menangis. Tak dapat nak tahan dah. Katanya dia berdoa terlintas ingin berjumpa saya. Saya kata semuanya kerana kasihnya Allah pada kita. Takdir yang berlaku supaya kita menjadi hampir padanya.

Syukur katanya ingin cari kerja atau masuk madrasah. Nak perbaiki hidup masa lalu. Saya bawa beli baju baru dan seluar dan kelengkapan lain. Ajak berehat di hotel dulu. Sampai hotel terus adik ni sujud syukur lama menangis-nangis. Saya rasa sebak sedih. Tanyanya lagi kenapa Allah baik pada saya setelah ujian dan kejahatan saya dimasa lalu. Perjalanan hidup saya ditemukan dengan ustaz.

Belanja buka puasa dan tidur di hotel. Mata sebelahnya dah tak berapa nampak. Syukur masa saya sampai tadi berjumpa ijam yang mula berjumpa adik ni dan viralkan videonya ada memberi nasihat. Bersama saya juga tadi ada 2 anggota polis bukit Aman Anas dan Syukri. Terima kasih yer..

Esok kami akan cari bilik sewa dan ingin carikan kerja yang sesuai untuk adik ni. Semoga menjadi asbab kebaikan

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

sumber Ustaz ebl

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.