Peniaga Colek Pula Kena Kompavn RM50,000 – “Nak Dapat RM100 Setiap Malam Pun Susah”

SELEPAS kec0h isv seorang peniaga burger dikompavn RM50,000 kerana berniaga melebihi had masa, terbaharu tular pula kisah seorang peniaga colek yang turut dikenakan jumlah kompavn yang sama.

Memetik laporan Berita Harian, peniaga colek tersebut, Mohd Azizi Mohd Nor, 42, telah dikenakan kompavn dua hari lalu sewaktu beberapa anggota polis datang ke rumahnya di Kampung Chekok Tengah, Kota Bharu.

“Saya terkejvt dan terkedv ketika melihat jumlahnya, sedangkan nak dapat RM100 setiap malam dengan berniaga colek pun sus4h kerana saya hanya berniaga di kawasan kampung,” katanya yang berniaga colek pada sebelah malam sepanjang Ramadan di hadapan rumahnya.

“Ketika polis datang, kedai saya sudah ditutup pada pukul 10 malam dan kebanyakan lampu dimat!kan. Hanya lampu di dapur yang masih terbuka kerana saya dan isteri masih mengemas,” katanya sambil menambah pada waktu yang sama, dia sedang memasak makanan untuk anak-anaknya yang masih belum tidur.

Katanya lagi, sungguhpun jika kompavn dikurangkan menjadi RM10,000, jumlah tersebut masih terlalu mahal baginya dan dia lebih rela dipenj4ra.

“Ini adalah kali pertama saya dikompavn tetapi sudah dikenakan RM50,000. Saya bekerja sebagai mekanik selain membantu isteri saya menjual mi pada hari-hari biasa,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata bahawa polis akan memanggil tiga peniaga gerai termasuk peniaga colek, untuk ditawarkan nilai kompavn mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompavn dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan mengikut Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.