Mungkin Ramai Tak Tahu, Ini Makna Mendalam Bila Sesebuah Kapal Selam Diisytihar “On Eternal Patrol”

Kejadian yang menimpa KRI Nanggala 402 dan 53 krunya yang diisytihar terk0rb4n nyata memberi kesan kepada seluruh dunia yang mengikuti tr4gedi melibatkan kapal selam milik Tentera Nasional Indonesia ini.

Walaupun rata-rata daripada kita tidakpun mempunyai hubungan secara peribadi dengan perajurit-perajurit yang terkorban itu, namun apa yang terjadi terasa seakan-akan dekat dengan kita semua.

Seperti yang diketahui, sebelum kapal selam itu disahkan berada pada kedalaman 838 meter di bawah permukaan laut dan terbel4h tiga, status bagi kapal itu telah dinyatakan sebagai on eternal patrol.

Gambar Via Kumparan

Kalau ikutkan maksud secara literal, ia boleh diistilahkan sebagai ‘rondaan abadi’. Tetapi, apakah maksud tersirat dan sejarah yang terkandung pada status tersebut? Mungkin penjelasan di bawah ini boleh merungkai persoalan tersebut.

Bermula sejak Per4ng Dunia Kedua lagi, Penganalisis Utama Lab-45 yang juga pemerhati pertahanan, Andi Widjajanto menjelaskan bahawa kapal selam biasanya melakukan rondaan perang (War Patrol) untuk memastikan tidak ada kapal per4ng mvsuh yang menganc4m konvoi kapal per4ng permukaan. Mereka juga ditugaskan untuk melumpuhkan kapal per4ng musvh.

Setelah tamat Per4ng Dunia Kedua, kapal selam terutama yang berkuasa nukle4r bertugas untuk menangkis anc4man ser4ngan pasukan lawan atau disebut sebagai deterrent patrol.

“Ia menyediakan kemampuan serangan balas nvklear (second strike) dengan strategi mobiliti yang tinggi. Rondaan tersebut dapat dilakukan oleh kapal selam nvklear secara senyap selama berbulan-bulan dengan hubungan minimum dengan markas Angkatan Laut,” kata Andi.

Tidak pulang ke markas

Menurutnya, tempoh rondaan dikira dari saat kapal selam berlepas dari pangkalan Angkatan Laut hingga kapal selam itu kembali ke pangkalan. Apabila kapal selam yang bertugas mengalami kem4langan dan tidak kembali ke markas, ia disebut sebagai on eternal patrol.

Ketika kapal selam mengalami kem4langan (bukan kerana ditemb4k mvsuh), ada tiga sebab utama iaitu perl4nggaran, letvpan dalam dan retak serta dinyatakan sebagai subsunk (tenggelam). Bagi yang tidak kembali ke pangkalan, status eternal patrol diberikan kepada kapal selam- Andi

Maknanya, semua kru kapal diisytiharkan sebagai ‘terus menjalankan tugas’ di bawah laut buat selama-lamanya untuk melindungi kedaulatan negara tercinta masing-masing secara abadi.

Artikel yang ditulis oleh Harold C Hutchinson di portal We Are The Mighty pula mengatakan bahawa istilah eternal patrol ini terus digunakan selepas Per4ng Dunia Kedua tamat.

Untuk rekod, Amerika Syarikat juga pernah menghadapi kehilangan empat kapal selam yang juga diberikan status eternal patrol. Antaranya ialah kapal selam bertenaga nvklear, USS Thresher pada tahun 1963.

Ia dicatatkan sebagai musibah kapal selam terbvruk yang mengakibatkan 129 kru kapal selam meningg4l dunia.

Gambar Via The Moscow Times

Tidak cuma itu, salah satu kem4langan kapal selam yang paling diingati ialah yang berlaku di Rusia. Kapal selam Kursk itu dilaporkan meletvp ketika dalam perjalanan menuju ke Laut Barents dan tenggelam pada 12 Ogos 2000. Kisah itu juga diabadikan di dalam filem pada tahun 2018.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Kumparan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.