“Let0p Macam Maknya!”- Zila Bakarin Kngsi Gambar Ank Perempuan

Sebelum ini ramai yang tak pernah tengok wajah anak perempuan Zila Bakarin.

Baru-baru ini, Zila ada memuat naik gambar anak perempuannya iaitu Kaseh dan Cinta, masing-masing berusia 9 dan 12 tahun di Instagram.

Perkongsiannya itu telah berjaya menarik perhatian ramai.

Bukan sahaja netizen, malah rakan-rakan artis turut memuji kecantikan anak-anaknya.

Penampilan Zila Bakarin yang dilihat semakin sopan juga turut meraih pujian ramai.

???Cantik dan letup anak-anak sis..macam ibu dia juga.??? antara komen yang ditinggalkan.

Buat pengetahuan, Zila berhijab sekitar awal November 2018.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial)

Zila berkahwin dengan Azri Izhar pada 2008.

Lepas ni adalah yang berangan nak jadikan Zila mak mentua. Tak begitu?

Zila Bakarin Dedah Tiada Job Selepas Bertudung

Pelakon Zila Bakarin mendedahkan dia tidak lagi diterima berlakon selepas berhijrah dan berhijab Februari lalu.

Menurut Zila, rata-rata tawaran yang datang mahukan imejnya terdahulu untuk sesuai dengan watak yang diberikan.

“Sejak saya berhijab februari lalu saya tiada job. Tawaran yang panggil saya berlakon semua mahu imej saya yang dahulu sesuai dengan watak Zila Bakarin dahulu.

“Seperti yang semua tahu nama Zila Bakarin terkenal dengan watak antagonis dan pakaiannya.

“Bila saya cakap saya dah pakai tudung, mereka terus minta maaf tidak dapat memberikan tawaran itu kerana watak tersebut tidak sesuai dengan imej baharu saya.

“Namun saya gembira kerana saya terima itu dengan reda dan saya percaya dengan rezeki Allah,” katanya.

Zila mendedahkan perkara tersebut ketika ditemu bual oleh penyampai radio Zayan Lin Ariffin semalam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zila Bakarin (@zilabakarinofficial)

Temu bual itu dimuat naik ke akaun Instagram Zayan.

Pun begitu, Zila bersyukur kerana kini selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, rezekinya semakin murah.

“Selepas PKP, alhamdulilah rezeki saya mencurah-curah dan ia datang secara tiba-tiba tanpa diduga,” luahnya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber:Terndingsangat

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.