“Bila Adik Men4ngis, Lara Pun Mula Ikut Nak Men4ngis” Scha Akvi Bukan Tugas Mudah Lay4n Lara & Lyla Sama Rata

Berkongsi pengalaman menjadi ibu anak dua sejak dua bulan lalu, Scha Al-Yahya akui ia bukan tugas mudah, tetapi mencuba sedaya upaya untuk memberi layanan sama rata kepada Lara Alana, 7, dan Lyla Amina, dua bulan.

Scha Akui Sangat Mencabar

Pelakon dan pengacara cantik ini akui sedang menyesuaikan diri untuk berlaku adik kepada kedua anaknya.

“Memang mencabar bila dah jadi ibu kepada dua cahaya mata. Pada mulanya saya fikir tidak sukar untuk menyesuaikan diri, tetapi sebenarnya sangat mencabar.

“Walaupun Lara dah besar, tetapi dia juga perlukan perhatian. Adiknya tentu sekalilah, bila cukup masa untuk menyusu atau tidur, dia akan menangis.

“Bila adik menangis, Lara pun mula nak menangis. Bila perlu tepuk untuk tidurkan Lyla, Lara juga nak. Perhatian tu pun banyak kepada Lara juga sebab dia sudah besar, faham dan cepat terasa.

“Jadi, itulah cabaran kena lalui sekarang yang mana saya kena sentiasa ingatkan diri sendiri dan Awal, yang pertama jangan lupa.

“Kadang-kadang kalau ke mana-mana pun orang akan fokus pada Lyla. Saya akan pergi pada Lara. Itulah cabarannya sekarang,” ujarnya seperti mana dipetik menerusi Sinar Plus.

Berat Badan Ideal Lepas Bersalin

Kini mendapat berat badan ideal selepas bersalin sememangnya menjadi idaman buat mana-mana wanita. Scha pula, tidak memberi fokus untuk kembali mendapatkan berat badan sebelum hamil, sebaliknya mengutamakan kesihatan dalaman dan pemakanan selepas selesai tempoh berpantang.

“Saya tak nafikan dah dapat berat badan asal saya. Cuma tak ada apa-apa rahsia atau rutin ketat yang saya ikuti.

“Mungkin bentuk badan saya tak banyak berubah walaupun ketika hamil, jadi saya tak ambil masa lama untuk menurunkan berat.

“Bagaimanapun menerusi perbualan dengan doktor sebelum ini, dia juga tidak galakkan saya mengejar penurunan berat badan, sebaliknya memberi tumpuan kepada kesihatan dalaman dan paling penting adalah pemakanan selepas habis berpantang.

“Lebih-lebih lagi saya menyusukan Lyla sepenuhnya, jadi kena titik beratkan pengambilan makanan berkhasiat untuknya dan saya juga,” ujarnya yang kini kembali sibuk bekerja dan memenuhi undangan berbuka puasa dan tugas sebagai duta bersama suami, Awal Ashaari dan anak sulungnya, Lara Alana.

Berikut pula reaksi dari netizan

“Mak sy ckp lebihkan anak sulung drp adik dia sebab nanti dia xcemburu dgn adik dan dengki adik dia. Itu sy buat dkt anak sulung sy. Dia beza 4 thn dgn adik kembar dia. Sy selalu lebihkan dia. Bila dpt adik baru plk,sy layan anak sulung dan anak kembar sama je mcm dl xde beza. So dia xkaco adik dia,menangis2 mengaruk semua xde. Anak sulung sy xpernah dengki adik2 dia begitu jg anak kembar.”

“saya pun melalui benda sama..jarak abg 4 thn dgn adik..mmg bila adik lahir ada kesukaran ckit nak hndle emosi abg tp syukur lama² abg dpt trima kehadiran adiknye..bila bz dgn adik..baba akan layan abg plak..tukar²..alhmdlah dua² dh besar..kena ambik masa ckit utk abg trima kenyataan dia dh ada adik..hehehe”

“Jangan pernah samakan anak kita dengan anak orang, anak kita dididik cara kita and anak orang dididik dengan cara yang lain. Memang susah nak layan sama rata, tapi atleast cuba and usaha, itulah pengorbanan seorang ibu, bersabar tu penting insya Allah boleh”

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Sinar Plus

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.