“Lepas Majlis Tu, Banyak Event Saya Tak Pergi. Bergambar Pun Takvt” –PU Amin

Selepas gambar bersama ‘instafamous’ s.ek.sii menjadi tular di serata laman sosial, Pencetus Ummah (PU) Amin mengakui merasa serik dan kini lebih berhati-hati untuk menerima jemputan dari mana-mana individu.

Memetik temubual bersama mStar, pendakwah bebas itu berkata kontroversi tersebut adalah satu pengajaran buat dirinya dan pendakwah lain agar berjaga-jaga supaya tidak menimbulkan fitnah.

“Lepas majlis itu ada banyak jemputan event berbuka puasa, saya dah takvt nak pergi.
“Nak bergambar pun dah takvt sebab tu saya pakai mask macam sekarang ni, selain menjaga SOP saya jaga diri saya, ” ujarnya kepada mStar.

Menurut PU Amin, biarpun menerima banyak jemputan berbuka puasa, dia sudah serik untuk menghadiri majlis sebegitu mahupun mengambil gambar dengan mana-mana individu.

“Banyak program sekarang ni apa-apa je nak jemput pendakwah, penyudahnya mereka yang kena teruk.
“Apa-apa pun kalau boleh kita berjaga-jaga lah atas setiap jemputan yang datang, ”katanya.

Jadi, lelaki berusia 31 tahun itu sempat menasihati para pendakwah agar berhati-hati sebelum memilih untuk menghadiri sebarang majlis bagi mengelakkan kontr0versi ‘panas’.

Terdahulu, pemilik nama Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim itu teruk dikcam netizen apabila beberapa keping gambar bersama instafamous s.ek.sii tvlar di serata laman sosial.

Berikutan itu, PU Amin tampil menjelaskan perkara sebenar dan meminta instafamous terbabit memadam gambar mereka di laman sosial Instagram.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : trendingkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.