[VIDEO] Suara Dah Sedap Sekali Takbir Raya Jadi Doa Iftitah

Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba. Pejam celik pejam celik, tidak sampai beberapa hari lagi Ramadan tahun ini bakal berakhir.

Antara detik yang syahdu menjelang hari raya adalah apabila kita mendengar takbir raya. Walau bagaimanapun, tidak semua berpeluang menghayati takbir raya di samping insan tersayang susulan PKP yang dilaksanakan.

Menerusi video yang telah dikongsikan oleh Farhan Hasnan di akaun tiktoknya, kelihatan gelagat seorang pemuda yang sedang mengalunkan takbir raya.

Video yang berdurasi 46 saat itu, memperlihatkan seorang pemuda lelaki yang sedang mengalunkan takbir raya, namun pada di saat akhir video berkenaan alunan takbir raya berubah  menjadi doa iftitah.

@farhanhasnan#LoveMumsSmile #DefineFreshChallenge♬ original sound – Farhan Hasnan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat pemuda berkenaan yang tersasul sehingga membaca doa iftitah. Malah ada juga di antara mereka mengatakan bahawa pemuda tersebut nervous untuk mengalunkan takbir raya.

Sumber : farhanhasnan

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: OHBULAN

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.