Ibu Gag4I Tahan Air Mata Lihat Anak Bongsunya Sudah Menikah, “Anak Ni La Yang Sanggup Ulang Alik Jaga Mak Walaupun Sibuk

HARGAILAH ibu kita selagi mereka masih ada.

Bagi Syarifah Aaqilah Alaydrus, 25, bukan mudah untuk dia berpisah dengan ibunya yang menghidap str0k sejak tujuh tahun lalu.

Malah, rakaman video memaparkan ibunya, Sharifah Mazenah Syed Edrus, 64, yang men4ngis di atas kerusi roda cukup mervntun hati bakal doktor itu.

Mesra disapa Syaff, dia mendedahkan video itu sebenarnya dirakam pada 22 Mei lalu, sejurus dia dinikahkan dengan jejaka pilihan hatinya, Syed Ahmed Baalawi, 28, yang berasal dari Yaman.

Dalam video tersebut, ibunya dilihat menitiskan 4ir m4ta sambil bersalaman dan memeluk menantu serta anak perempuannya itu.

“Sejak saya tingkatan lima, kemudian sambung belajar bidang perubatan sampai habis, memang saya ulang-alik jaga mak.

“Saya dah lama jaga mak, bila dia tahu saya nak kahwin, dia agak s3dih. Mak mana yang tak s3dih kan? Tambahan pula saya anak bongsu daripada lapan beradik. Saya selalu ada dengannya.

“Ketika mak n4ngis selepas akad nikah tu, saya pun seb4k cuma saya tak nak tunjuk masa tu,” ujarnya kepada mStar.

Syaff dan suami selamat disatukan pada 22 Mei lalu.

Kata graduan Universiti Lincoln itu, dia mengikuti pengajian (pre-clinical) di kampus yang terletak di Kelantan selama tiga tahun sebelum disambung ke kampus di Kelana Jaya, Selangor selama dua tahun.

“Ketika saya belajar di Kelantan, mak juga tinggal di Kelantan bersama abang. Kemudian saya belajar di Kelana Jaya, mak pun pindah duduk dengan abang yang kat sini pula.

“Selain saya, kami semua adik-beradik turut jaga mak, kami bergilir-gilir jaga. Saya baru habis belajar tahun lepas, sekarang masih tunggu posting,” ujarnya lagi.

Menurut Syaff, dia sama sekali tak menyangka video tersebut akan meraih hampir 90, 000 tontonan selepas ia dikongsi ke aplikasi TikTok.

Malah, ramai netizen turut meninggalkan komen, berkongsi kisah mereka dengan ibu masing-masing.

Saya nak sampaikan mesej kepada semua agar hargai mak kita selagi mereka masih ada.

SYAFF

“Saya ada di Subang, mak pula di Puncak Alam. Jadi dah hampir sebulan tak jumpa kerana sekatan perjalanan. Setiap hari kami ada buat video call.

“Saya sebenarnya rindu pada mak. Jadi saya tengok balik video-video sekitar akad nikah tempoh hari. Saya post video tu sebagai pengubat rindu kepada mak.

“Pada masa sama, saya nak sampaikan mesej kepada semua agar hargai mak kita selagi mereka masih ada. Mak ni kan, insan yang tak ada hijab doanya.

“Tapi sejujurnya memang terkejut bila video tu viral. Saya kongsi sebab rindu dan nak sampaikan mesej saja,” ujarnya lagi.

Ibu Syaff (tengah) sudah menghidap strok sejak tujuh tahun lalu.

Bercerita mengenai dirinya, Syaff dan suami berkenalan di sebuah kolej pada tahun 2017.

Katanya, suaminya yang bekerja dalam bidang perubatan tidak sukar untuk menyesuaikan diri dengan budaya tempatan kerana sudah lama berada di sini.

“Kami kenal masa satu kolej, tapi kawan yang kenalkan. Pada suatu hari, saya teman kawan pergi study group.

“Bermula dari situ saya kenal suami. Sepanjang perkenalan, dia datang jumpa keluarga dan minta kebenaran.

“Alhamdulillah, dia OK dan tiada masalah nak sesuaikan diri. Lagipun sesi perkenalan kami agak lama, dah lima ke enam tahun… jadi banyak benda dia dah belajar,” ujar Syaff lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.