Tony Spider Men1nggal Dunia Di Luncai Emas

Pemain bass kumpulan terkenal Spider, Tony Iskandar men1nggal dunia awal pagi ini.

Allahy4rham difahamkan men1nggal dunia sekitar pukul 2.30 pagi di studio rakaman Luncai Emas milik seniman Datuk M.

Nasir di Sungai Buloh. Allahy4rham dikatakan sedang menyiapkan album kumpulan Jimbara.

Berita pemergian Tony yang cukup terkenal dengan sifat ramahnya itu juga dikongsikan pemain gitar kumpulan Exists, Along di akaun Instagram sekitar pukul 3 pagi.

“Pergi lagi seorang sahabat aku. Al fatihah buatmu Tony. Semoga Allah Swt tempatkan mu di kalangan orang beriman. Amin,” tulis Along.

Salah seorang teman baiknya yang juga seorang wartawan, Syahril Kadir turut menyampaikan berita duka tersebut melalui hantaran di Facebook miliknya.

“Tony Spider dah tak ada. Sebentar tadi aku macam tak percaya bila dapat tahu dia dah men1nggal dunia. Aku cuba call handphonenya. Dijawab seseorang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Along Exists (@alongexists)

“Jen4zah Tony kata lelaki itu sedang diuruskan untuk dibawa ke for3nsik Hosp1tal Sungai Buloh. “Allah…semoga r0hmu dicucvri rahmat.

Tenanglah kau di sana sahabatku,” tulisnya sekitar tiga jam lalu.

Untuk rekod, Tony merupakan anggota asal kumpulan Spider bersama Tam (vokalis), Nafie (pemain gitar).

Allahy4rham kemudian meninggalkan kumpulan yang pernah memenangi Juara Lagu menerusi Relaku Pujuk itu dan posisinya sebagai pemain bass digantikan oleh Is.

Komen Netizen:

Spider kini dianggotai oleh Tam, Nafie, Aie (pemain gitar) dan Is (pemain bass). Namun demikian hubungan Tony dan anggota kumpulan yang ‘dibesarkan’ oleh M. Nasir ini tetap akrab.

Al Fatihah dan salam takziah dari Gempak buat seluruh keluarga Tony.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : https://gempak.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.