“Jangan Ambil Gambar Kami, Jangan Tegur, Jangan Salam” -Altimet Mencari Kibaran Bendera Putih

Sejak beberapa lalu hangat diperkatakan di media sosial mengenai kempen bendera putih. Nampaknya, penyanyi rap Altimet juga turut serta dalam misi tersebut menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan esok.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Altimet meminta kepada mereka yang memerlukan supaya tidak perlu berasa malu untuk kibarkan bendera putih kerana tiada gambar akan diambil.

Kata Altimet lagi, dia bersama seorang rakannya akan meninggalkan barang di pintu pagar rumah dan tidak akan mengambil gambar untuk di muat naik di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Altimet (@altimet)

“Kami akan tinggalkan barangan dapur di pagar atau depan rumah untuk yang memerlukan. Tidak perlu malu, kami tak mahu mengambil gambar dengan sesiapa. Kami pun tak mahu orang ambil gambar kami dan upload. Kamu jiran-jiran kami, celakalah kami kalau tak tolong jiran sendiri,” tulisnya.

Difahamkan, Altimet akan membuat rondaan di sekitar Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Keramat dan Gombak esok sekitar jam 2 hingga 6 petang.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.