Akan ada 3 negeri dijangka beralih fasa. Sekali Ismail Sabri beritahu ada sesuatu yang nak umukan.

KUALA LUMPUR: Perlis, Kelantan dan Terengganu antara beberapa negeri yang dijangka beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) minggu depan. Keputusan untuk menamatkan total lockd0wn di beberapa negeri dibuat oleh pentadbiran Putrajaya berpandukan nilai ambang di negeri-negeri tersebut yang telah berjaya dilandaikan hasil Pelan Pemulihan Negara.

Berdasarkan kepada maklumat yang diterima, perincian mengenai peralihan di negeri-negeri tersebut sudah dibentangkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, beberapa hari lalu.

“Langkah ini bagi mengelak negeri-negeri yang menunjukkan perkembangan positif fasa pemulihan tetapi terhalang daripada beralih ke fasa berikutnya kerana kes-kes C0V!D.19 yang masih tinggi di negeri Selangor.

“Langkah ini selaras dengan perancangan Pelan Pemulihan Negara yang lebih fokus dan bukan pendekatan one-size-fits-all,” kata sumber itu di sini hari ini. Berdasarkan kerangka PPN di peringkat pusat, fasa pertama kawalan pergerakan dilanjutkan kerana ks C0V!D.19 belum mencapai nilai ambang di bawah 4,000 selama tujuh hari sebelum beralih ke fasa seterusnya.

Tambah sumber itu lagi, langkah lebih khusus ini akan membolehkan negeri-negeri mencapai nilai ambang peralihan fasa sekali gus melonggarkan sekatan pergerakan dan aktiviti ekonomi. Menurut sumber itu, kerajaan juga dijangka mengambil langkah khusus untuk memperketat kawalan pergerakan di negeri Selangor.

Akan Ada Pengumuman Esok

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mengumumkan perincian mengenai negeri-negeri yang telah mencapai nilai ambang pada Sabtu. Dalam satu kenyataan ringkas di Facebooknya, Ismail Sabri menjelaskan pihaknya sedang menyiapkan penelitan mengenai perkara tersebut

“Hampir lengkap penelitian minggu ini berkaitan negeri-negeri lain yang telah mencapai nilai ambang. Masih ada yang perlu disiapkan. “Insya-Allah saya akan mengumumkannya dalam sidang media esok. Nantikan,” katanya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan Pelan Pemulihan Negara (PPN) baru-baru ini, menggariskan empat fasa melibatkan pelan peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Setiap fasa pelan pemulihan ini berpaksikan kepada data yang bersandarkan ‘Tiga Indikator Ambang Utama’ ataupun ‘threshold’ atau dikenali juga sebagai nilai ambang untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

Kredit : Astro

 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: https://greatdailynews.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.