Belum reda lagi pasal isu bendera putih kali ni kec0h pasal bendera hitam pula. Rupanya bendera hitam tu untuk ini.

PETALING JAYA: Selepas tular kempen mengibarkan bendera putih untuk membantu masyarakat yang terkesan akibat p4ndemik C0v!d.19, kempen mengibarkan bendera hitam pula hadir atas tujuan berlainan.

Media Sekretariat Solidariti Rakyat berkata rakyat diminta mengibarkan bendera hitam bermula esok di hadapan rumah, kedai, jalan atau tempat sesuai sebagai tanda kekecew4an mereka.

Ia juga meminta orang ramai mengambil gambar dan memuat naik di media sosial secara serentak pada pukul tiga petang esok dan menggunakan tanda pagar #Lawn pada setiap hantaran.

Tidak diketahui sama ada kempen ini akan berjaya selepas kerajaan mengumumkan lapan insentif pemulihan dengan peruntukan ratusan bilion ringgit bagi membantu rakyat. Melalui insentif itu kerajaan turut memperuntukan RM300,000 kepada setiap ahli parlimen bagi menyediakan bakul makanan untuk membantu rakyat yang dalam kesusahan ekoran pandemik C0v!d.19.

Insentif terbaharu dan yang kelapan membabitkan peruntukan RM150 bilion bagi meringankan beban rakyat. Namun, Media Sekretariat Solidariti Rakyat berkata, mereka kecewa kerana Parlimen yang sepatutnya menjadi tempat membincangkan jalan penyelesaian kepada isu-isu kesengsaraan rakyat sehingga hari ini masih lagi gag4l bersidang.

Kempen kibar bendera hitam muncul selepas tular kempen mengibarkan bendera putih untuk membantu golongan yang terkesan akibat wabak C0v!d.19. Dalam pada itu, kenyataan itu berkata, inisiatif bendera putih adalah satu manifestasi daripada keterdesakan rakyat Malaysia untuk melangsungkan kehidupan.

“Rakyat terpaksa merayu demi sesuap nasi dikala kerajaan hari ini menggajikan puluhan jemaah menteri dengan bayaran yang tinggi. “Kelembapan pengumuman bantuan kewangan oleh kerajaan walaupun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini bukan perkara baharu, sama sekali tidak boleh diterima rakyat,” katanya.

Terkini PerdanaMenteri putuskan untuk lakukan Sidang Parlimen sebelum 1 ogos. Rupanya ini sebabnya.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin iaitu sebelum 1 Ogos ini. Menurut Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, perkara tersebut akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri pada Rabu depan.

“Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung persidangan Parlimen,” katanya menurut Berita Harian.

Perkara ini diputuskan apabila pada Selasa lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah, menzahirkan pandangan persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat dapat dibentang di Parlimen seperti yang termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut sumber juga, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, baginda menzahirkan pandangan itu susulan sesi menghadap dilakukan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun di Istana Negara serta lanjutan daripada sesi Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu yang berlangsung pada 16 Jun yang lalu.

Sebagai tambahan, parlimen sudah hampir 6 bulan tidak bersidang selepas Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan supaya Proklamasi Darurat untuk dilaksanakan di seluruh negara hingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif bagi membendung wab4k C0V!D.19 pada 11 Januari lalu.

Walau bagaimanapun, Al-Sultan Abdullah bertitah pada 24 Februari lalu bahawa parlimen boleh bersidang ketika tempoh darvrat berkuat kuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh baginda atas nasihat Perdana Menteri.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: https://greatdailynews.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.