Minggu pertama GV8, 13 bintang masing2 tunjuk sengat di minggu pertama

Pembukaan pentas Gegar Vaganza musim ke-8 berlangsung dengan rancak apabila tiada penyingkiran dilakukan pada ahad malam.

Ia selepas menyaksikan kesemua peserta yang terdiri dari peserta dalam negara, dan juga Singapura serta Indonesia menerima lagu yang bakal dibawakan oleh mereka untuk minggu kedua

Minggu pertama GV8 berlangsung dengan meriah dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan para bintang yang menjadi pertaruhan membawa lagu masing2 atas pentas dari Pusat Konvensten Antarbangsa Putrajaya (PICC).

Seramai 13 bintang utama dipertandingkan dalam edisi kali ini, yang mana ia terdiri daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua penyertaan secara duo atau berkumpulan.

Enam bintang solo lelaki yang dilihat menjadi saingan sengit untuk musim ini ialah Aweera, Azan Scan, Datuk Fazley Yaakob, Shidee, Bandi Amuk dan Aliff Aziz yang mewakili Singapura.

Sementara itu, senarai penyanyi solo wanita yang berentap dalam GV8 pula adalah Adibah Noor, Ani Maiyuni, Suki, Nikki, dan Upiak Isil dari Indonesia.

Ia turut menampilkan peserta duo Saiful Apek dan Yassin, dan juga kumpulan Nico. Konsert mingguan GV8 bersiaran secara langsung pada jam 9 malam Ahad untuk selama 10 minggu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: astroawani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.