Enam Pelajar Sekolah Digantung Dua Minggu

Setelah empat pelajar telah ditahan polis membagi membantu siasatan mengenai kes buli secara kasar yang tular baru-baru ini di Maktab Rendah Sains Mara Sultan Azlan Shah. Kini pelajar-pelajar yang telah dikenalpasti terlibat dalam kes itu digantung persekolahan serta merta selama dua minggu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) turut mencadangkan pelajar terbabit ditamatkan pengajian mereka di institusi itu.

“Jawatankuasa Disiplin Mak.tab (JDM) MRSM telah pun memang.gil 10 pelajar yang terbabit dengan insiden berkenaan.

“Dalam laporan yang disediakan, enam pelajar terbabit memukul mangsa buli berkenaan, manakala empat pelajar yang berada di lokasi kejadian didapati bersubahat dan membuat provokasi, pelajar-pelajar ini berada di Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Padang Terap, Naka di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Ghazali Ibrahim.

Mahdzir, berkata MARA mengambil serius kejadian buli membabitkan pelajar di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Ditanya mengenai siasatan pihak polis terhadap kes berkenaan, Mahdzir berkata, pihaknya tidak men.campuri urusan siasatan dan menyerahkan kepada pihak polis.

Jelas beliau, MARA mengambil tindakan penggantungan itu berdasarkan siasatan dalaman dan mengikut peruntukan hukuman yang telah ditetapkan JDM dan kes akan dibawa kepada Jawatankuasa Disiplin Rayuan Maktab.

“Malang bagi MRSM yang mempunyai pelajar-pelajar yang pandai, dipanggil temu duga sebagai saringan, kualiti pendidikan, ko-kurikulum dan jati diri mereka diambil kira untuk kemasukan ke MRSM.

“Tetapi masih juga berlaku lagi kejadian seumpama itu, jadi saya rasa amat kecewa kerana mereka tidak sepatutnya terdedah dengan perbuatan itu,” katanya.

Sementara itu, Mahdzir memberitahu kejadian buli itu tidak akan mengganggu proses pengambilan pelajar MRSM pada tahun depan.

Katanya, sesi temu duga bagi pengambilan MRSM akan diteruskan seperti biasa termasuk menggunakan prosedur sedia ada.

“Kes ini adalah kes terpencil dan ia sekali sekala berlaku… ini emosi anak muda, kalau kita baca laporan penuh itu, ia lebih kepada kemarahan, kalau kau lapor benda (perkara) ini aku akan buat kau… lebih kurang macam itulah.

“Tak tahulah sekiranya ada peluang kedua dalam hidup dia (mereka), budak-budak lagi… kita akan laksanakan cadangan itu bermakna dia pergi sekolah lain,” katanya.

Mahdzir dalam pada itu, turut menasihatkan pelajar di bawah institusi pendidikan KPLB supaya membuat laporan kepada pengetua atau guru, tenaga pengajar serta kaunselor sekiranya berlaku kejadian seumpama itu.

Terdahulu media melaporkan polis menahan enam suspek kes buli didakwa berlaku di MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, seperti yang tular di media sosial semalam.

Tindakan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai tular di media sosial menerusi beberapa video berdurasi 13 hingga 30 saat.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.