“Kami sedaya upaya membantu mengeluarkan mangsa banjir, dengan segala apa yang kami ada. Kalau tiada bot, kami guna sampan. Kalau tiada sampan, kami sanggup dukung dan pikul mangsa sehingga ke tempat selamat. Kami tiada masa untuk merakam video atau mengambil gambar ketika bekerja kerana kami sememangnya tiada masa untuk berbuat demikian,”.
Itulah luahan Pegawai Operasi Zon 4 Selangor (Hulu Langat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Akmal Mohamad Khairi terhadap segelintir masyarakat yang memveri dakwaan yang persoalkan bantuan lambat tiba semasa banjir melanda di kawasan itu.
Memetik laporan utusan, Mohamad Akmal berkata menerusi laman Facebooknya anggota bomba bertugas mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan KPI yang ditetapkan iaitu mementingkan keselamatan dahulu selain tidak boleh melakukan sebarangan tugas menyelamatkan tanpa ambil kira soal risiko pada diri sendiri mahupun rakan sepasukan.
Katanya lagi, bencana yang berlaku ada kalanya sangat luar biasa sehingga membataskan anggota bomba melakukan kerja menyelamat mangsa ditambah lagi dengan kekangan ketika bertugas.
“Kami bertugas dengan anggaran tujuh hingga 12 anggota di setiap balai bagi satu syif. Apabila ada panggilan kecemasan banjir, kami semua akan bergegas ke lokasi panggilan yang pertama dahulu.
Tambahnya lagi, dia turut bersedih bila ada segelintir masyarakat sewenang-wenangnya melemparkan tohmahan dan cacian kepada anggota keselamatan hanya kerana geram sebab bantuan lambat tiba atau langsung tidak kunjung tiba di tempat mereka.
“Satu pasukan penyelamat terpaksa respon berpuluh malahan beratus panggilan. Dalam masa itu, kami akan utamakan kes yang boleh kami respon bergantung kepada tahap bahaya dan risiko yang bakal kami hadapi.
“Persoalan lagi, bila air naik, apa yang anda lakukan? Mengapa tidak bersiap untuk berpindah? Mengapa tidak turut bersama memberi amaran kepada yang lain untuk berpindah?,” katanya.
Menurut Mohamad Akmal, pihaknya sanggup mengambil risiko tinggi demi menyelamatkan nyawa yang bahaya malah ada kala nyawa mereka ibarat di hujung tanduk.
“Risiko lemas, hanyut, dijangkiti kuman merbahaya dan ditimpa atau dilanggar objek dalam banjir sanggup dihadapi untuk menyelamatkan mangsa banjir,” ujar beliau
“Cuma yang berlaku hanyalah terputus bekalan air atau elektrik, atau lapar kerana tiada makanan. Kami bukan petugas penghantar makanan malah bukan pemandu peribadi anda untuk menghantar anda sesuka hati anda. Bahkan, kami sendiri kelaparan, kesejukan dan keletihan mental serta emosi. Tapi demi anda, kami tolak tepi untuk tetap membantu.
“Berbalik kepada anggota yang bekerja 12 jam sehari mengikut shif, apabila berlakunya bencana, kami tidak tamatkan syif dengan balik tepat pada masa. Kami sanggup bekerja lebih masa tanpa mendapat apa-apa bayaran overtime demi keselamatan nyawa dan harta-benda anda.
“Ada kalanya, apabila kami muncul membantu, tiada langsung sikap menghargai walau dengan ucapan terima kasih. Ada lebih teruk, pengorbanan kami dibalas dengan cercaan lambat, lembab, makan gaji buta dan macam-macam lagi,” katanya.
Mohamad Akmal meminta orang ramai agar memahami batas dan kemampuan anggota bomba malah mereka juga ada hati dan perasaan.
“Fikirlah dahulu sebelum berkata-kata,” pintanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: Utusan
Leave a Reply