Bersempena dengan ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Uzair Haqimy yang ke-20 pada 20 Disember lalu, Sheila Rusly telah titipkan dedikasi khas buat anaknya itu.
Menerusi kapsyen yang ditulisnya, Sheila meminta agar anaknya itu tidak lupa jasa dan pengorbanannya apabila dia sudah dewasa kelak.
“Mama makin hari makin tua.
Haq makin hari makin dewasa.
Makin hari makin jauh jarak kita.Sebab ada tempat lain untuk Haq bermanja.Perit lahirkan Haq ke dunia masih mama terasa.Jangan sesekali lupa mama yg menjaga.Mama doakan hidup Haq senang & berjaya. Happy Birthday anak mama yg perkasa❤️ @uzairhaqimy69
#mynyawa #mylegacy #sentiasabersyukur #alhamdulillah“, tulisnya.
Melihat di ruangan komen, peminat serta orang ramai memberi reaksi masing-masing malah turut mengucapkan ucapan selamat hari lahir buat Haqimy.
Sumber: Instagram Sheila Rusly
Leave a Reply