[FOTO] Sekitar Majlis Bertandang Ain Edruce Dan Amiru, Persalinan Songket Jadi Pilihan

Pada 13 Disember yang lalu, pelakon Ain Edruce telah selamat disatukan dengan pilihan hati, Amirul Haffiz Mustaffa dalam sebuah majlis di ibu kota.

Bermula dengan majlis pertunangan, akad nikah, persandingan dan berakhir dengan majlis bertandang, setiap momen di majlis bahagia Ain mendapat perhatian ramai.

Menerusi majlis bertandang yang baru disambutnya, Ain dan Amirul tampak segak dan anggun dalam persalinan songket tradisional berona kuning lembut.

Malah, persalinan mereka turut diserikan dengan serampang dan sanggul lintang serta dekorasi pelamin berwarna emas yang mengindahkan lagi majlis bertandang mereka.

Antara foto sepanjang majlis bertandang Ain Edruce dan Amirul Haffiz.

 

Tahniah diucapkan kepada Ain dan pasangan. Semoga ikatan yang dijalin berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Amin..

Sumber: Instagram Ain Edruce

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.