![ne](https://i1.wp.com/www.lubukmaklumat.com/wp-content/uploads/2019/12/ne.jpg?resize=678%2C381)
Hos dan usahawan Neelofa mendedahkan tahun 2020 bukanlah tahun untuk dia bersenang lenang dan berehat, sebaliknya dia merancang untuk mengembangkan lagi empayar perniagaannya.
Baru-baru ini, Neelofa pernanh mendedahkan bahawa dia bakal mengembangkan perniagaannya di Indonesia selain mahu keluar dari zon selesa.
View this post on Instagram
Keeping it classy yet sleek @swarovski #swarovskimy #sparkdelight #fosmy
“Bukan tahun untuk saya berehat lagi, sebab banyak benda baru yang saya nak cuba. Insha Allah akan lebih banyak berada di Indonesia.”, ujarnya.
“Jadi tidak boleh untuk jangka bagaimana, tapi kalau sesiapa yang mengenali saya, saya lebih suka redah dan cabar diri. Saya gemar untuk tekankan diri dan mencuba perkara baru.”
Bila diaju soalan sama ada dia ada tanam impian untuk menjadi antara 10 individu terkaya dalam negara, Neelofa mempunyai jawapan tersendiri..
“Wow.. tak ada lah sampai terfikir untuk menjadi antara 10 terkaya., Tak pernah terfikir pun..”, jelasnya.
“Cuma saya selalu berdoa apabila bekerja keras,tetapi bila sudah cukup sampai tahap yang mana diri sudah rasa puas dan cukup dengan kejayaan dan rezeki.”
“Sebolehnya saya tidak mahu seperti ‘keep on kejar’ sehingga tiada titik noktah, bagai tiada pangakhiran.”
“Saya mahu letak ada ‘cut of point’ di mana bila selesai dengan chapter itu, saya akan buat perkara lain pula. Akan ada masanya, Insha Allah.”, ulasnya diakhir bicara.
Sumber: Instagram Neelofa, Carian Google
Leave a Reply