Terbaru, pelakon Nina Iskandar dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada pukul 9.35 pagi, 23 Disember 2019.
Perkara itu telah dikongsi sendiri olehnya menerusi ruang Instagram miliknya.
Menurutnya, dia menjangkakan kehadiran bayi itu pada tahun 2020 tapi Nina percaya perancangan Allah adalah lebih baik.
Menerusi ruangan komen, rakan artis serta peminat telah mengucapkan tahniah buat pelakon berusia 28 tahun ini.
Sekadar imbasan, Nina Iskandar atau nama sebenarnya Nur Akmalina binti Iskandar telah disatukan dengan penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April yang lalu.
Sumber: Instagram Nina Iskandar
Leave a Reply