Isteri hadiahkan jam tangan sempena hari jadi, Ustaz Ebit Lew sambut dengan makan bersuap bersama keluarga..

Meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-35, penceramah Ustaz Ebit Lew memanjat rasa syukur atas kurniaan Allah s.w.t keatasnya selama ini.

Malah, Ebit Lew juga turut meluahkan rasa hargai kepada isterinya yang tercinta. Tambahnya lagi, isterinya telah menghadiahkan seutas jam tangan kepadanya yang diletakkan bersebelahan Al-Quran.

“Syukur Allah beri saya capai umur 35. Dah menua saya. Terima kaseh Allah. 21/12. Sampai dari JB semalam dah dekat waktu Tahajud. Sebak sangat rindu mak. Bidadari saya dah letak hadiah dekat dengan sejadah tepi Al-Quran. Ingat takde orang wish.. Rindu mak. Dari dulu cuma mak jer wish selamat hari lahir.
.
Sekali ada bidadari tercinta. Mata dah sembam jer. Dapat hadiah jam. Hari ini dapat makan berjemaah bersuap-suap. Syukur bahagia bila makan berjemaah dalam dulang rasa jari kena gigit😍. Berkasih sayang kerana Allah.
.
Terima kaseh sayang bidadariku. Bidadariku inilah tulang belakang dalam dakwah saya. Allah pinjamkan saya kekuatan wanita yang tabah dan kuat. Terima kaseh bidadariku sayang. Rindu dan amat sayangMu bidadariku sayang. Wanita yang telah mengorbankan segalanya untuk diriku dan perjuangan dakwah ini. Ya Allah terima kaseh atas nikmatmu.
.
Umur makin bertambah. Selalu fikir banyak kerja dakwah ini tak saya sempurnakan. Rindu anak di jalanan. Anak-anak bawah jambatan dan di lorong. Ramai walau zahir nampak degil atau teruk. Tapi mereka cuma anak baik rindukan kasih sayang dan didikan Islam. Begitu juga kawan kerja di lorong-lorong. Paling sebak beberapa bulan ni tak berhenti orang bukan Islam tanya saya tentang Islam dan ingin memeluk Islam. Ya Allah.

Umur dah 35 tahun. Dulu niat 35 tahun mungkin dapat jadi asbab hidayah buat Islamkan kampung demi kampung. Belum tercapai cita-cita itu lagi. Doakan 9 Feb 2020 nak adakan keluargasunnah di Maeps Serdang.

Terima kaseh semua yang mendoakan dan selalu menyokong dakwah ini walau dari jauh. Semoga Allah kabulkan doa semua sahabat sekalian-ebitlew”, tulisnya panjang lebar.

 

 

View this post on Instagram

 

Syukur Allah beri saya capai umur 35. Dah menua saya. Terima kaseh Allah. 21/12. Sampai dari JB semalam dah dekat waktu Tahajud. Sebak sangat rindu mak. Bidadari saya dah letak hadiah dekat dengan sejadah tepi Al-Quran. Ingat takde orang wish.. Rindu mak. Dari dulu cuma mak jer wish selamat hari lahir. . Sekali ada bidadari tercinta. Mata dah sembam jer. Dapat hadiah jam. Hari ini dapat makan berjemaah bersuap-suap. Syukur bahagia bila makan berjemaah dalam dulang rasa jari kena gigit😍. Berkasih sayang kerana Allah. . Terima kaseh sayang bidadariku. Bidadariku inilah tulang belakang dalam dakwah saya. Allah pinjamkan saya kekuatan wanita yang tabah dan kuat. Terima kaseh bidadariku sayang. Rindu dan amat sayangMu bidadariku sayang. Wanita yang telah mengorbankan segalanya untuk diriku dan perjuangan dakwah ini. Ya Allah terima kaseh atas nikmatmu. . Umur makin bertambah. Selalu fikir banyak kerja dakwah ini tak saya sempurnakan. Rindu anak di jalanan. Anak-anak bawah jambatan dan di lorong. Ramai walau zahir nampak degil atau teruk. Tapi mereka cuma anak baik rindukan kasih sayang dan didikan Islam. Begitu juga kawan kerja di lorong-lorong. Paling sebak beberapa bulan ni tak berhenti orang bukan Islam tanya saya tentang Islam dan ingin memeluk Islam. Ya Allah. Umur dah 35 tahun. Dulu niat 35 tahun mungkin dapat jadi asbab hidayah buat Islamkan kampung demi kampung. Belum tercapai cita-cita itu lagi. Doakan 9 Feb 2020 nak adakan keluargasunnah di Maeps Serdang. Terima kaseh semua yang mendoakan dan selalu menyokong dakwah ini walau dari jauh. Semoga Allah kabulkan doa semua sahabat sekalian-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut mengucapkan ucapan hari lahir buat penceramah itu.

Sumber: Instagram Ebit Lew

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.