Single Terbaru Terima Lebih 1 Juta Tontonan, Achey luah rasa syukur!

Pelawak dan juga penyanyi, Achey meluahkan rasa gembira apabila single terbarunya berjudul ‘S4kit’ telah mendapar sambutan ramai dan sehingga kini telah mencecah lebih sejuta tontonan.

 

 

View this post on Instagram

 

Syukur 3,4,5 hari .. 1 juta tontonan… @17elevenmusic @shoukazis ..

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Ketika dihubungi, Achey sendiri menyatakan bahawa dia tidak menyangka lagunya itu akan menjadi Trending di Youtube.

“Terima kasih kepada yang menyokong saya. Saya bukanlah penyanyi professional, tapi saya bersyukur kerana ramai yang meminati lagu saya.”, ujarnya menerusi Media Hiburan.

 

 

View this post on Instagram

 

Selamat malam… #sakit @17elevenmusic #shouk

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Jelasnya, lagu ‘S4kit’ ciptaannya bersama Shouk Aziz mempunyai jalan cerita yang tersendiri.

“Minat seseorang itu boleh mengaburi dirinya yang sebenar.. saya harap mesej itu sampai kepada pendengar.’, ulasnya lagi.

Terdahulu, single ‘S4kit’ telah dikeluarkan pada Jumaat yang lalu dan sehingga kini telah menduduki tangga keempat carta di Youtube.

https://youtu.be/C7kQ-AlDM7Q

Sumber: Instagram Achey, Media Hiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.