Kongsi ‘Fitting’ Baju Pengantin, Mira Filzah Bakal Akhiri Zaman Bujang?

Terbaru, pelakon Mira Filzah ada berkongsi satu entri Instastories dimana dia sedang melakukan sesi fitting di sebuah butik milik pereka fesyen terkenal, Rico Rinaldi.

“Done fitting”, tulisnya melalui Instasories tersebut.

Lantas, perkongsiannya itu telah menimbulkan persepsi dikalangan peminat bahawa Mira bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Malah, pereka fesyen Rico Rinaldi turut berkongsi sekeping fotonya bersama Mira ketika Mira melawat butiknya itu.

 

 

View this post on Instagram

 

From airport straight to fitting 👰🏻 @mfmirafilzah 💕

A post shared by RICO RINALDI (@thericorinaldi) on

Rico ketika ditanya, enggan mengulas dengan lebih lanjut berkaitan kehadiran Mira Filzah di butiknya itu.

“Saya ada bertanyakan Mira selepas melihat entri yang disiarkan oleh pengurusnya yang dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.”

“Namun, Mira hanya ketawa dan wajahnya kelihatan berseri-seri. Macam malu-malu kucing pun ada.”ujarnya.

 

Terdahulu, pelakon jelita Mira Filzah ada mendedahkan bahawa dia sedang berkenalan dan mengenal hati budi dengan seorang jejaka yang bukan dari golongan artis. Mira turut memberi nayangan bahawa dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga.

Sumber: Instgram Mira Filzah, Rico Rinaldi

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.