“Faezah Elai Sudah Terputus Hubungan Dengan Puteri Balqis” Giliran Faezah Elai Pula Buat Pengakuan Tentang Balqis!

Pelakon Faezah Elai akui telah terputus hubungan dengan artis cilik yang kini sedang tular diperkatakan, Puteri Balqis.

Mahu mencari semula Balqis, Faezah juga ingin membantunya menyediakan kelengkapan persekolahan.

“Sedih melihat keadaan Aqish sebegini tetapi saya harap baik-baik saja. Terus kuat dan jangan pernah berhenti sekolah dik sebab ilmu sangat penting dunia dan akhirat.

“Kalau ada masalah berhubung kelengkapan sekolah, jangan ragu-ragu untuk mencari akak. Saya akan cuba bantu.

“Sekarang, cuma dapat doa dari jauh je,” kata Faezah yang terputus hubungan dengan Balqis sejak beberapa tahun lalu.

Nasihat Faezah lagi agar Balqis menjadi anak yang solehah dan tidak menderhakai kedua-dua orang tua.

“Industri hiburan ini boleh menjadi kej4m kadang kalanya. Kamu terlalu kecil untuk berdepan semua ini.

“Jaga diri dan jadi anak yang solehah untuk kedua-dua orang tua, tak kira mereka betul atau salah,” tambahnya.

Faezah dan Balqis pernah pertama kali bergandingan dalam drama arahan Osman Ali suatu ketika dahulu.

Tular sejak awal minggu ini apabila Balqis mendedahkan diuji kesempitan hidup menerusi sebuah program televisyen tempatan.

Namun, pelakon itu berusaha mencari pendapatan sendiri dengan menulis buku puisi dan menjualnya di jalanan sambil ditemani ibunya, Norashikin Mohd Aziz.

Sumber : Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.