Aiman Hakim Ridza Bakal Nikahi Zahirah Macwilson 20 Februari Ini?

Aiman menerusi akaun Instagram miliknya telah menulis nukilan cinta buat Zahirah berserta tanda pagar yang tertera nama gabungan mereka serta tarikh penting iaitu 20 Februari 2020.

Menerusi entri tersebut, Aiman memuat naik gambar manis mereka berdua yang menunjukkan seperti foto pra-perkahwinan.

Entri tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya yang percaya mereka bakal disatukan pada 20 Februari ini.

Sebelum ini, pasangan ini terdahulu mengadakan sidang media dan memberithau mereka bakal bernikah pada Februari tahun ini, namun tarikh sebenar masih belum didedahkan.

Terdahulu, Aiman dan Zahirah telah mengikat tali pertunangan pada Jun 2019 iaitu selepas pasangan ini berkongsi gambar majlis tersebut di akaun media sosial masing-masing.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Lepat pisang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.