Emma Maembong bakal nikah secara tertutup Khamis ini?

PELAKON popular, Emma Maembong bakal melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Mr S, Khamis ini.

Difahamkan, majlis pernikahan itu berlangsung secara tertutup membabitkan keluarga dan rakan terdekat kedua belah keluarga saja.

Berdasarkan tarikh cantik 20022020, kemungkinan ia menjadi tarikh pernikahan mereka adalah benar. Namun, dakwaan mengatakan bakal suami Emma adalah kerabat diraja adalah tidak benar. Sebaliknya, lelaki berusia 32 tahun itu bekerja sebagai juruterbang di syarikat penerbangan swasta tempatan.

Menurut sumber, perhubungan Emma dan bakal suami berlangsung dalam tempoh singkat sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Butiran lanjut mengenai pernikahan juga tidak didedahkan bagi menghormati permintaan keluarga Emma.

Sebelum ini, Emma pernah bercinta dengan pelawak, Zizan Razak dan pelakon, Kamal Adli. Malah, Emma juga digosip menjalin hubungan dengan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Syed Abdullah.

Emma juga mencetuskan kontroversi apabila membuka tudung tahun lalu.

Bagaimanapun, usaha Harian Metro mendapatkan pengesahan daripada Emma berhubung perkara ini tidak berjaya apabila mesej WhatsApp dihantar tidak dibalas.

Jika khabar ini betul, kami di Harian Metro ingin mengucapkan tahniah dan semoga perkahwinan kekal hingga ke Jannah.

Sumber: Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Lepat pisang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*