Sampai cramp pipi gelak… Nana mohon maaf di Instagram

Rancangan hiburan popular, I Can See Your Voice (ICSYVM) musim ketiga sering menjadi perhatian ramai peminat apabila dapat menyaksikan selebriti diminati mereka yang perlu meneka penyanyi misteri sama ada penyanyi sebenar mahupun penyanyi penyamar.

I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) musim ketiga ini pada Ahad lalu telah menampilkan tetamu jemputan penyanyi terkenal, Siti Nordiana atau lebih sinonim dengan panggilan Nana.

 

Nana dijemput dalam ICSYVM musim ketiga

Pun begitu, siapa menyangka episod berkenaan membuatkan ramai terhibur termasuklah penyiasat tetap Jihan Muse dimana dia turut memuat naik satu rakaman babak dalam episod rancangan berkenaan sehinggakan dia juga gelak besar.

Jika semalam, kami kongsikan gelagat ramai yang turut terhibur dengan perkongsian Jihan Muse dimana dia turut merasakan ianya paling pecah setakat musim ketiga ini apabila seorang wanita sebagai penyanyi penyamar berjaya disimpan mereka sehingga ke penghujung.

Walau bagaimanapun, menjenguk kelaman Instagram milik selebriti jemputan kali ini, Nana ada memuat naik satu rakaman video dimana ada satu bahagian yang membuatkan dirinya sendiri tidak dapat menahan gelak.

Dapat diperhatikan, Nana gelak besar apabila bahagian dibacakan mengenai maklumat tambahan tentang penyanyi misteri yang perlu ditekanya.

 

View this post on Instagram

 

Aduhh sape cramp pipi gelak smlm angkat tangan 😝 Part ni maafkan akak ye x leh nak cover gelak 🤣 #icsyvmy #sitinordiana

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

Nana juga sempat memohon maaf pada bahagian itu kerana dia sendiri tidak dapat menahan untuk ketawa.

Namun begitu, netizen juga akui bahagian berkenaan memang kelakar dan ternyata mereka juga memahami sebab Nana sendiri ketawa besar ketika itu.

“Nana gelak lagi bertambah nak gelak…”

“Gelak habis smlm…”

keras perut gelak…”

“Lawak gila..”

 

Dalam pada itu, menerusi laman Youtube episod berkenaan ternyata telah trending nombor lima selain meraih ribuan tontonan.

Rancangan ini tidak dinafikan telah mendapat tempat dihati ramai penonton Malaysia dan bagi yang ingin menyaksikan selebriti kegemaran anda untuk meneka penyanyi misteri boleh saksikan setiap Ahad pada jam 9 malam di siaran TV3.

Sumber: Instagram Siti Nordiana, Youtube TV9 Malaysia

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*