Terdahulu, Ros Ramona Qadira Mohd Zamzam atau Ramona Zam Zam, 25, mengakui seronok melayari bahtera cinta bersama lelaki warga Palestin, Rami Alashkar, 27.
Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu membolehkan Ramona dan Rami mengecapi kehidupan suami isteri yang cukup indah.
“Perkahwinan itu indah. Sehingga kini saya masih rasakan bunga-bunga cinta itu apatah lagi berkahwin dengan lelaki yang dicintai dan ikhlas dalam perhubungan.
“Keputusan berkahwin dengan suami adalah pilihan saya sendiri dan bukan atas desakan keluarga. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kehidupan pasangan yang berkahwin kerana kehendak keluarga,” katanya.
Ramona mendirikan rumah tangga dengan Rami Alashkar pada 1 Mei 2015 dan dikurniakan puteri sulung, Ivanna Alashkar pada 7 Disember 2017.
Terkini, Ramona telah bercuti bersama keluarga ke Pulau..
Berkongsi pengalamannya, Ramona juga turut memuat naik video pendek yang merakamkan gelagat anaknya sewaktu melakukan aktiviti tersebut.
Menurut Ramona, pada mulanya dia berasa agak gementar untuk membenarkan anaknya merasai pengalaman tersebut kerana usianya masih kecil namun atas semangat dan pujukan suami, dia memberanikan diri.
“Sejujurnya saya berasa gementar namun pada masa yang sama saya juga mahu membawanya menerokai aktiviti snorkeling dan juga melihat penyu.
“Pada mulanya saya mahu meninggalkan dia di atas bot namun Rami begitu yakin untuk membawanya bersama ke dalam air.
“Alhamdulillah, nampaknya dia juga bagus sama seperti ibu bapanya. Dalam kumpulan kami, dia merupakan satu-satunya baby yang melakukan aktiviti ini,” kongsinya.
Berani Sgt… bgsnyaa ivanna
Good Job ivanna!
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: Gempak
Leave a Reply