Ais Krim Cornetto Hanya 10sen Satu, Kedai Ebit Lew Mula Operasi Sabtu Ini

Ebit Lew yang bakal memulakan operasi kedai runcitnya, Elewsmart sudah memuat naik harga barangan runcit yang dijual pada harga murah bersempena dengan hari pertama operasinya esok 18.07.20

Menerusi satu status bergambar yang dimuat naik menerusi Instagram beliau, harga yang ditawarkan cukup rendah.

Misalnya, sepotong ais krim jenama Walls Cornetto hanya berharga RM0.10 dan setin creamer dari jenama Dairy Champ hanya boleh dimiliki pada harga RM0.70 setin selain banyak lagi barangan lain yang ditawarkan.

Bagaimanapun, ia hanya terhad kepada satu resit pembelian sahaja mengikut kuantiti yang telah ditetapkan.

 

View this post on Instagram

 

Pohon doakan yer @elewsmart letak harga paling murah untuk semua dan sekarang nak bagi promosi untuk hari Grand Opening di setiap cawangan. Bandar Baru Bangi dibuka Sabtu depan 18Julai dan Ahad 19 Julai di Kajang. 8 Cawangan lain minggu seterusnya berturut-turut-ebitlew @elewsmart Saudaraku Murah😊

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

“Doakan yer..best bila dapat gembirakan ramai orang. Orang tanya kenapa Elewsmar murah sangat hari pembukaan elewsmart. Saudaraku, Murah untuk semua yer..semua dialu-alukan yer.

“Senyuman orang lain buat saya rasa gembira. Masa PKP saya semakin belajar sesuatu yang tak pernah saya rasa begitu sebelum ini..buat orang tersenyum. Hidup ini cuma sekali. Hidup untuk Allah sayang.

“Buat saya teringat masa dulu. Kerja petrol pam, ada orang selit rm2 dalam poket saya. Senyum saya tak berhenti. Happy sangat boleh beli telur nak goreng. Semua duit gaji bagi dekat mak dekat kampung.

“Mak tak tahu pun saya tiada duit lain. Besar rm2 tu untuk saya. Walau sekali sekala jer dapat begitu tapi nikmat dalam hidup saya. Begitulah teringin nak buat semua orang senyum tanpa mengira bangsa,latar belakang siapa sahaja tak terkecuali.

“Bila kita berkongsi niat hadiah rasa happy sangat. Allah beri rasa bahagia sangat dapat gembirakan orang walau dengan perkara kecil. Anak menangis kita beri mainan. Pujuk anak yang lapar tiada makan. Beri hadiah. Best sangat rasanya. Jumpa orang beri hadiah.

“Doakan yer Sabtu ini hari pertama pembukaan Bandar Baru Bangi. Ahad di Kajang. Minggu seterusnya setiap hari 8 cawangan lain. Berdebar rasa. Pohon doa semua kerana doa semua sangat penting dalam hidup saya,” tulisnya panjang lebar.

Doakan yer..best bila dapat gembirakan ramai orang. Orang tanya kenapa Elewsmart murah sangat hari pembukaan elewsmart….
Posted by Ebit Lew on Tuesday, July 14, 2020

Menerusi ruangan komen pada entri sama, wargamaya turut mendoakan agar segala perancangannya berjalan lancar seperti yang diharap-harapkan.

Sehingga kini, entri tersebut sudah pun dikongsi hampir 9,000 kali.

Antara pilihan barangan yang lain..

Min di sini mendoakan agar perniagaan ni berkembang lebih pesat dan dapat membantu mereka yang lebih memerlukan.
Semoga Ustaz Ebit Lew terus sihat dan terus menerus menghulurkan bantuan. Hanya Allah dapat membalas segalanya. Ameen.

Foto: Facebook Ebit Lew & Telegram Ustaz Ebit Lew

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.