Akhirnya terjawab, Ernie Zakri & Syamel kahwin tahun depan!

“SETAKAT ini calonnya adalah seperti yang anda semua sudah dengar. Jadi, doakan semoga semuanya dipermudahkan,” kata penyanyi, Ernie Zakri yang merancang untuk melangsungkan pernikahan menjelang tahun depan.

Ernie ketika ditemui tidak menafikan calon suaminya adalah rakan seperjuangannya yang juga penyanyi popular, Syamel.

“Dalam keluarga, hanya saya yang belum berkahwin. Jadi, ini masanya untuk saya jaga kedua-dua ibu bapa dan fokus saya adalah untuk mencari rezeki.

“Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, banyak yang berlaku dan sekarang masanya untuk kita susun semula kerja-kerja yang tergendala,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Syamel dilihat menyambut ulang tahun kelahiran Ernie Zakri yang ke- 28 semalam.

Foto sambutan hari jadi tersebut dimuat naik oleh Syamel ke akaun Instagram miliknya.

“Happy 28th birthday Kak Ninie @erniezakri🤗 !!! Jom doakan Kak Ninie di ruangan comment ini cepat,” tulisnya.

 

Selain itu, Syamel juga berseloroh “Jangan sedih2 Kak Ninie. Bangtan Bangmel tengah posing untuk awak ni. Dorang pesan “ERNIE, DON’T SAD2, BORAHAE”

Mereka yang dilihat sedondon memakai baju tema denim itu telah mendapat perhatian peminatnya.

Rata-rata mendoakan agar pasangan ini segera dipertemukan jodoh.

“Semoga diluaskan rezeki dan dijodohkan dengan Syamel.

“Semoga Syamel bersatu dengan Ernie.

“Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki serta dijodohkan bersama,” komen antara peminatnya.

 

Ernie juga akui bahawa Syamel mempunyai ciri-ciri suami idamannya, namun apa yang pasti penyanyi tersebut menghormati ibu bapa Ernie Zakri. Dalam pada masa yang sama, Ernie Zakri meminta untuk mendoakan agar dia dapat menamatkan zaman bujangnya pada tahun depan.

“Doakan semoga saya dapat menamatkan zaman bujang menjelang tahun depan kerana tahun depan usia saya sudah 29 tahun.”

Biarpun begitu, Ernie Zakri berkata bahawa pada tahun ini pula dia perlu fokus terhadap kerjaya dan ibu bapanya

Syamel dan Ernie yang popular dengan lagu duet Aku Cinta itu sebelum ini dikhabarkan sedang bercinta namun masing-masing menafikannya dan hanya menyifatkan hubungan mereka sebagai rakan baik.

Sumber: Syamel & Ernie ig

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*