“PerVt real tu, patut la nampk cam sarat sgt…” – Hiera Hassan perjelaskan isu perut

Melihat karakternya di dalam filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM), siapa sangka pelakon Hiera Hassan rupanya memang sedang sarat mengandung lapan bulan.

Perkara itu dided4hkan sendiri oleh Hiera menerusi satu temu bual

Menurut Hiera, sejak filem itu ditayangkan di Astro First, ramai yang bertanyakan sama ada dia benar-benar mengandung atau hanya berlapikkan bantal.

“Ramai ingat saya pakai bantal tapi sebenar memang saya tengah sarat mengandung anak kedua lah.

“Waktu tu dah 8 bulan dah hujung-hujung sebenarnya,” katanya.

Menurutnya lagi, dia bersyukur kerana waktu penggambaran tidak berlarutan terlalu panjang.

“Letih, penat tu memang ada tapi Alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Lagi pun kita enjoy selama penggambaran.“Selain itu anak perempuan saya ni pun macam mendengar kata juga, lahir selepas beberapa minggu habis shooting.

“Now dia pun dah berusia setahun lima bulan,” katanya.

Bagi anda yang mahu melihat lakonan Hiera dalam filem KITM, boleh tontonnya menerusi Astro First di saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

 

View this post on Instagram

 

Dengar cite huru-hara Alan dengan Acu kat rumah bila family ni datang. Nak tahu family siapa jom layan video ni😂😂 . Keluarga Iskandar The Movie Kini di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda! . @kismahjohar_official @hilal.azman @sobrianuar @anitabaharom @azharbsulaiman @zainhamid @itsmehierahasan @izzilhamnzd @thedanishadam @khayrisyah_kemal @taqim.zaki @dhiaiskandar_official @shukritahir @rania_411 @rajaema @wanhaslizawz Keluarga Ismail @razak5780 @zarinazainuddin_ @amymasturalerr @shahkimin @kasseh_kishreena Dibawakan oleh @klmotionpicturecompany @iskandarmalaysia . #keluargaiskandarthemovie #keluargaiskandar #AllahKanDahSetFromTheTop #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Keluarga Iskandar™ (@keluarga.iskandar) on

 

Untuk rekod, KITM mengisahkan Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Walaubagaimanapun perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akib4t terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka.

Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Lepat Pisang

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.