
Pelakon bertubuh genit bernama Intan Najuwa ini sememangnya cukup jelita. Apatah lagi apabila dia turut berlakon dengan pelbagai karakter yang menuntut keperibadian yang comel seperti Ironi Kasih, Kekasih Paksa Rela, Khabar Dari Casablanca dan banyak lagi.
Intan Najuwa yang memulakan karier sebagai seorang pelakon pada usianya 18 tahun ini memiliki 1.7 juta followers di Instagram. Manakan tidak, Intan Najuwa memiliki fizikal yang genit dan comel serta berbakat dalam bidang lakonan
Malah baru-baru ini aktres wanita yang baru berusia 22 tahun ini berkongsikan video Intan Najuwa ‘berbahasa Korea’ dengan anak kecil yang boleh tahan comel kedua-duanya. Dalam video tersebut kelihatan Intan Najuwa sedang duduk di meja bersama seorang anak kecil sambil kedengaran mereka berbual yang lagaknya macam dalam bahasa Korea.
Berikut adalah video yang dimuat naik oleh Intan Najuwa menerusi laman Instagram miliknya:
Nampak dengan gayanya macam perbualan yang serius! Rajin melayan juga Intan Najuwa ini, biarpun rasanya macam mereka berdua main bedal je konon bercakap dalam bahasa Korea. Apa-apa pun kedua-duanya nampak comel dalam video yang dikongsikan ini.
Video Intan Najuwa berbahasa Korea ini telah meraih lebih 80 ribu tontonan dan likes. Rata-rata warganet meningg4lkan reaksi mereka mengenai video tersebut di ruangan komen seperti berikut:
“Comel sangat sama macam Intan”
“Pandainya cakap Korea”
“Bahasa apa tu sis? Seriuslah boleh terhibur”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: Sinar
Leave a Reply