
Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan, mengesan 11 kes positif COVID-19 daripada Kluster Pesakit Bawah Siasatan (PUI) Sivagangga di Kedah, 02 Ogos 2020
TERKINI, 5 buah sekolah di Kedah diarah tutup serta merta bermula Ahad (hari ini) sehingga 29 Ogos, susulan terdapat peningkatan kes aktif Covid-19 bagi kluster PUI Sivagangga.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam kluster itu mencecah 20 pesakit,
Makluman awal melaporkan, Jabatan Pendidikan Kedah dalam satu kenyataan pada Ahad malam, lima buah sekolah berkenaan terletak dalam daerah Kubang Pasu dan Padang Terap.
Sekolah yang terlibat adalah sekolah menengah harian berasrama iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba dan SMK Megat Dewa.
Tiga lagi sekolah ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba, SK Megat Dewa dan SK Kubang Palas.
“Semua sekolah terbabit diarah tutup berkuat kuasa serta-merta mulai 2 Ogos sehingga 29 Ogos ini. Tarikh ini melibatkan 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari lagi pemerhatian.
“Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat menangani kluster PUI Sivagangga, hari ini bersama Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” kata kenyataan tersebut.
Kerajaan negeri juga akan melaksanakan Targeted Enhancement Movement Control Order (TEMCO) di empat mukim yang terjejas dengan Covid-19.
Katanya, mukim terbabit adalah Mukim Ah, Mukim Hosba dan Mukim Binjal di daerah Kubang Pasu serta Kampong Ulu, Padang Sanai di daerah Padang Terap.
“Justeru, guru-guru yang tinggal di kawasan TEMCO tidak dibenarkan untuk hadir bertugas sama sekali.
“Guru yang tinggal di luar kawasan TEMCO tidak dibenarkan untuk ke sekolah di kawasan TEMCO, manakala guru yang tinggal dan bertugas di luar kawasan TEMCO, tetapi perlu melalui kawasan TEMCO adalah dibenarkan,” katanya.
Katanya, pengecualian hanya diberi kepada perkhidmatan penting, namun tertakluk oleh perubahan yang akan diputuskan di peringkat pusat.
Terdapat 11 kes baharu dikesan dari Kluster PUI Sivagangga hari ini.
3 kes daripada jangkitan kes 8976. Manakala baki 8 kes adalah jangkitan kes 8975. pic.twitter.com/Xd0eVdDsdG
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) August 2, 2020
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia
Sumber: Mstar
Leave a Reply