Ia Meny4kitkan, Ameera Khan Dedah Kesan Bila Dibandingkan Dgn Neelofa ““B0hong kalau saya beritahu ia tidak…”

Ameera Khan mengakui ada ketikanya dia terganggu dengan sesetengah komen negatif yang diberikan warga maya terhadapnya di media sosial.

Adik kepada kepada usahawan dan hos terkenal, Neelofa ini juga bagaimanapun mendedahkan, dia bijak di dalam menyembunyikan perasaan terhadap perkara tersebut.

“B0hong kalau saya beritahu ia tidak memberikan apa-apa kesan kepada saya langsung kerana ia ada ketikanya menyakitkan.

“Cuma saya rasa, saya agak baik di dalam menyembunyikan apa yang saya rasakan ketika membaca komen mengenai apa yang mereka perkatakan tentang saya.

“Terutamanya apabila mereka bandingkan saya dengan kakak. Sejujurnya ia menyaki1tkan, tetapi saya memahami kerana saya di sini kerana mereka,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ameera Khan (@littlemisskhan)

Ameera terdahulu berkongsikan mengenai perkara itu ketika melancarkan palet wajah pertama Young & Glow, The Darling Palette secara virtual, pada Selasa.

Bintang media sosial ini juga turut mendedahkan, apa yang dikongsikan di media sosial sebenarnya bukanlah merujuk kepada gaya hidupnya secara keseluruhan.

“Saya dan Neelofa pun berbeza lebih 11 tahun. Saya masih muda baru mencecah usia 20 tahun dan masih jauh lagi perjalanan.

“Malah apa yang saya tunjukkan di media sosial adalah apa yang saya mahu kongsi. Bukan segala-galanya atau bukan 100 peratus kisah hidup saya.

“Mungkin ia hanyalah 2 peratus sahaja tetapi ada sesetengahnya yang anggap mereka tahu segalanya mengenai diri saya.

“Tetapi tidak mengapalah… Saya tahu mereka bukanlah tahu semuanya. Tapi inilah jalan yang saya pilih dan saya perlu hadapi. Saya okay saja cuma ada ketikanya ia menyakitkan,” jelasnya lagi.

Sementara itu, The Darling Palette menampilkan kombinasi warna yang versatil, iaitu daripada kombinasi matte hingga berkilau dijual dengan harga RM89.

Berkongsi mengenai perkembangan terkininya, Ameera bakal mengumumkan tentang himpunan clothing line yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Malah dia juga bakal mengeluarkan produk coklat dengan kerjasama sebuah jenama coklat popular.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber:cari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.