Menteri Kena Kec4m, Sekali Siti Sarah Sound Mereka Yg Sibuk Cari Kesalahan bahasa Inggeris Orang Lain

Penyanyi Siti Sarah mempertahankan golongan yang kurang mahir berbahasa Inggeris dan tidak faham mengapa kesalahan mereka tersebut selalu dijadikan tumpuan.

Menerusi laman sosial Twitter, Sarah merasakan tidak semua orang Melayu boleh menyebut perkataan Inggeris dengan baik dan jangan malu untuk berusaha

“Kadang Sarah tak faham kenapa orang kita ni suka sangat nak cari salah orang. Lagi-lagi bila orang tu cakap dalam bahasa Inggeris.

“Alahai, bagi Sarah tak semua orang Melayu boleh sebut perkataan dengan baik dalam bahasa Inggeris. Kita makan budu, sambal belacan mesti ada lidah keras tu. hahaha.

“Bagi Sarah okay je kalau cakap broken english. Orang putih betul pun berterabur bila cakap tak ikut tatabahasa pun! Kita beria kalau cakap english kena cakap macam dalam buku, apo? Sebut tak betul tu okey je, negara lain rileks je.

“Diaorang belum tentu boleh cakap melayu dengan sebutan yang perfect kalau orang putih cakap melayu salah kau kata comel. Kalau Melayu cakap orang putih salah kau kata bdoh,” jelasnya menerusi bebenang ciapan.

Menurut Sarah lagi, dia mohon agar mereka yang kurang mahir berbahasa Inggeris untuk tidak patah semangat dan terus berusaha.

Malah, buat mereka yang ingin membantu golongan ini, janganlah menegur sampai di tahap mengai1bkan.

“Tak payah malu kalau tak reti sebut perkataan english. Yang penting ada usaha nak cuba. Lama-lama okay la tu kan? Kadang kita ni terikat dengan loghat dan percakapan seharian.

“Sedangkan kalau kita baca Al Quran kalau pelat tak boleh sebut pun, sekiranya kita cuba juga itu pun pahala. Apa yang memalukan, kita ni sibuk cari salah orang salah sendiri besar gajah pun tak nampak.

“Maksud bukanlah kita tak perlu belajar english dengan baik, cuma jangan malu untuk berbahasa Inggeris walau salah dan sebagai orang yang nak menegur jangan sampai mengaibkan org lain. Kita tutup aib orang, Allah tutup aib kita,” jelasnya lagi.

VIDEO :

Awal minggu ini, ucapan berbahasa Inggeris Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun di persidangan maya Sesi ke-59 Suruhanjaya Pembangunan Sosial (CSocD59) United Nations (UN),

New York mencuri perhatian ramai termasuklah seorang selebriti tempatan.

Selebriti tersebut kemudian tampil memperbetulkan kesalahan sebutan bahasa Inggeris menteri yang semakin jelita itu.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.