“Konon Al-Hafiz..”- Lupakan Isu K-Pop, Netizen Kini Bergabung Pertahankan Ustaz Kazim Elias

Pelbagai kec4man dan tohm4han yang diterima oleh Janna Nick membabitkan kontr0versinya dengan isu berkaitan artis K-Pop. Dia yang juga merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara bagaimanapun tidak berdiam diri dan sudah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Belum reda dengan isu Janna Nick dan K-Pop yang ditularkan oleh warganet, kini isu membabitkan Datuk Ustaz Kazim Elias (DUKE) pula menjadi sohor kini di Twitter. Ianya gara-gara satu komen yang berbaur fitn4h yang dilemparkan kepada penceramah bebas tersebut.

Melalui satu perkongsian screenshot, terdapat komen dari warganet di Facebook yang membuat tudvhan bahawa DUKE kononnya merupakan Al-Hafiz tapi tidak pernah menggunakan ayat Al-Quran dalam hujah mahupun ceramahnya. Komen screenshot tersebut dimuat naik oleh DUKE sendiri di laman Facebooknya.

Melalui tinjauan di Twitter, perkara ini tersebar luas sehingga menjadi sohor kini dengan menggunakan tanda pagar #protectustazkazimelias. Rata-rata warganet berpendapat DUKE tidak sepatutnya mendapat komen yang berbaur fitnah sedemikian. Selain itu, ramai juga yang menyeru agar menggunakan ‘kuasa’ netizen’ untuk mempertahankan DUKE, seperti mana mereka mempertahankan idola artis K-Pop mereka.

#protectustazkazimelias yang kini mendapat lebih 22k ciapan dihujani dengan kata-kata positif buat DUKE, dan semuanya mendoakan kesejahteraan buatnya. Nampaknya warganet mampu membuktikan bahawa mereka dapat menggunakan gelombang suara mereka di media sosial untuk perkara yang baik juga.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-badan-susut-selepas-bebas-covid-19-uqasha-senrose-puji-kamal-adli-semakin-kacak/

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.