“Tak Faham Ke Tak Cerdik?”Rita Rudaini Bid4s Isu Meminta Pertimbangan Tarikh Buka Sekolah

Rita meminta pertimbangan menukar tarikh mula sesi persekolahan secara bersemuka adalah kerana sebelum ini semasa sesi persekolah dibenarkan terdapat ibu bapa yang tidak bertanggungjawab telah menghantar anak ke sekolah biarpun anak mereka tidak sihat dan bergejala.

Setiap ibu bapa pasti akan rasa kerisauan akan keselamatan anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan secara besemuka bermula pada 1 Mac 2021. Termasuk juga ibu tunggal yang merupakan seorang selebriti cantik iaitu Rita Rudaini yang sebelum ini pernah mempersoalkan tentang isu ini.

Terdahulu, Rita memohon agar Kementerian Pendidikan untuk mempertimbangkan semula tarikh kemasukan sekolah kerana ia melibatkan keselamatan anak kecil terutama sekali kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah.

Rita bagaimanapun telah mendapat beberapa ke4man daripada warganet kerana mereka pula mempersoalkan kenapa Rita risau akan perbelanjaan bil jika anak sakit memerlukan raw4tan sedangkan kerajaan telah menyediakan Klinik 1 Malaysia yang hanya memerlukan bayaran sebanyak RM1 sahaja.

Terbaru, Rita jelaskan bahawa sebab dia meminta pertimbangan menukar tarikh mula sesi persekolahan secara bersemuka adalah kerana sebelum ini semasa sesi persekolah dibenarkan terdapat ibu bapa yang tidak bertanggungjawab telah menghantar anak ke sekolah biarpun anak mereka tidak sihat dan bergejala.

Tambah Rita, alasan yang diberikan oleh ibu bapa tersebut adalah kerana lebih mudah untuk mereka pergi bekerja jika anak-anak berada di sekolah. Apabila hal seperti ini berlaku, ia telah menyusahkan pihak sekolah untuk telefon ibu bapa untuk mengambil kembali anak mereka dan keselamatan kanak-kanak lain juga telah terjejas.

Terdahulu, kumpulan yang akan mula bersekolah secara bersemuka pada 1 Mac ini ialah murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua di sekolah rendah seluruh negara manakala Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam pula akan bermula pada 8 Mac. Untuk pelajar sekolah menengah pula akan memulakan persekolahan secara bersemuka lebih lewat kerana mahu memberi laluan kepada pelajar Tingkatan Lima kohort 2020 yang sedang menduduki SPM.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Instagram Rita Rudaini : https://www.koolfm.com.my/tak-faham-ke-tak-cerdikrita-rudaini-jawab-isu-meminta-pertimbangan-tarikh-buka-sekolah/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.