[VIDEO] Tak Minta Disamakan Pun, Pelajar Ter4sa Dik@ta Hanis Zalikha ‘Versi Hanglt’, ‘Versi Har4m’

Menyamakan wajah seseorang dengan individu lain itu tidak salah, asalkan tidak dibuat dengan niat menghi1na atau mempersenda.

Begitulah luahan hati seorang wanita berusia 23 tahun yang sering disamakan dengan pelakon Hanis Zalikha sejak lapan tahun lalu, tetapi dalam versi gelap.

Ketika dihubungi mStar, Nur Fatihah Kamal berkata, bagi dirinya sendiri dia tidak sekali pun pernah mendakwa wajahnya mempunyai persamaan dengan pelakon tersebut.

“Bukan saya tak suka orang samakan dengan Hanis Zalikha, tapi kenapa perlu tambah ‘versi hit4m’… mestilah saya terasa,” katanya dalam sebuah video di aplikasi TikTok.

Lebih mesra disapa Tiya, dia mendedahkan terpaksa ‘hadap’ dengan kritikan sebegitu sejak di bangku sekolah, ketika pelakon tersebut hangat dalam filem Gangster Celop dan masih belum berhijab.

Anak kelahiran Pulau Pinang itu mengakui pelakon tersebut memang jelita tetapi tidak pernah minta disamakan dengannya kerana menggangap setiap wanita mempunyai kecantikan tersendiri.

“Saya sebenarnya tak ada masalah pun cuma kadang-kadang saya akan rasa ‘down’ dan hilang keyakinan diri bila mereka buat perbandingan melampau.

“Bukan saja mereka kutuk kulit gelap saya, malah dulu masa berat saya 79kg ada yang cakap kalau saya putih dan kurus mesti cantik macam pelakon tu… maksudnya diri saya sebenar ni tak cantik ke?

“Dengar macam biasa, tapi bila ia ditujukan kepada saya mestilah saya terasa. Itu dah kira mempersendakan. Nak samakan atau nak puji silakan tapi tak perlu tambah ayat menyakit1kan hati,” katanya.

Bercerita lanjut, Tiya juga memberitahu dia pernah dipulaukan oleh rakan-rakan kerana dianggap sombong mempunyai wajah seiras dengan artis.

“Ini realiti. Saya banyak hilang kawan. Mereka cakap saya sombong dan bangga muka macam artis. Biasalah perangai budak-budak dulu.

“Saya sendiri tak pernah rasa saya macam tu, mungkin mereka menilai dari luaran. Bukan sombong tapi saya rasa rendah diri masa tu, lebih banyak dipersenda daripada dipuji,” jelasnya.

Menurut Tiya, bagi mengurangkan rasa sak1t hati dia akan segera memadam komen-komen negatif yang ditulis di ruangan komen di media sosialnya.

“Dulu banyak juga komen negatif dan saya akan cepat-cepat padam supaya saya dah tak baca.

“Alhamdulillah sekarang dah kurang sikit. Cuma kalau secara bersemuka saya masih terima kata-kata macam tu,” ujarnya.

Bagaimanapun, kata pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang ini, dia sudah banyak belajar bersabar dan mengabaikan segala kritikan.

Selain sibuk sebagai pelajar dia juga gigih mencari pendapatan dengan bekerja sambilan dan membuat reviu produk secara live setiap malam di aplikasi TikTok.

“Ada masanya saya kuat atau ketika sibuk memang saya abaikan kata-kata negatif ni. Saya akan fokus lebih pada diri sendiri.

“Bagi saya semua orang cantik, tiada cacat cela. Cuma pandangan orang terhadap seseorang itu sahaja berbeza.

“Dulu memang kurang keyakinan diri tapi bila mak sentiasa beri kata-kata semangat saya bangkit dan buat apa sahaja tanpa malu.

“Sekarang ada pengikut yang suka dengan cara saya, mereka akan beri sokongan sepenuhnya walau apa jua yang saya buat,” ujarnya lagi.

VIDEO :

 

Dalam pada itu, Tiya yang telah kehilangan bapa pada 2014 mengakui kehidupan keluarganya agak mencabar dan dia bersama adik beradik yang lain berusaha membantu meringankan beban ibu.

Terbaharu, sejak mempunyai pengikut di aplikasi TikTok, Tiya bersama ibunya menjual makanan secara online.

Anak bongsu daripada lima beradik ini berpandangan tindakan mengkritik fizikal orang lain tidak sepatutnya berlaku pada zaman moden.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.