Kec0h Isu Hamiil Dan Civm Ketiak, Ini Komen Makan Dalam Ayda Jebat

Pasangan selebriti Nabil Mahir dan Ayda Jebat memohon orang ramai dan peminat agar mendoakan kesejahteraan mereka dan bersabar.

Selepas tular kisah yang mendakwa Ayda kini sedang berbadan dua, kata pelakon itu, belum masanya lagi untuk dia mengulas lanjut.

“Kalau berita itu baik-didoa-doakanlah, sampai masanya insya-Allah kita akan umumkan. Doakan yang terbaik untuk kita,” kata Ayda ketika diundang sebagai tetamu di Bawang Live pada Rabu.

Tambah Ayda, isu ham1il dan ‘ci1um ketiak’ tidak sepatutnya dijadikan kayu ukur untuk netizen mengulas atau tularkan tanpa kesahihan.

Bagi Ayda sendiri, dia dan suami sudah punyai perancangan sekiranya benar mereka bakal menimang cahaya mata kelak.

“Ada beza isu ci1um ketiak yang tak nak privasi dan ham1il, ini situasi berbeza. Ia seperti kita nak berkahwin sudah ada tarikh tapi orang lain umumkan. Biarlah tuan badan sendiri yang buka mulut.#”Kita pun sudah ada perancangan yang disusun dan kami juga terbabit dengan beberapa jenama serta duta produk yang tak boleh main hentam saja,” ujarnya.

Sementara itu, kata Nabil dia tampil lantang bersuara apabila kecoh kononnya Ayda kini sedang hami1l apabila melihat isterinya itu menitiskan air mata.

“Saya tak pasti macam mana nak respon apabila ada antara keluarga dan kenalan yang bertanyakan hal itu (hamil).

“Tetapi saya marah apabila melihat isteri saya menitiskan air mata. Memang pantang! Jangan buat isteri saya menangis,” tambah Nabil.

Terdahulu, sebuah portal hiburan melaporkan pasangan Ayda dan Nabil difahamkan bakal menimang cahaya mata namun situasi menjadi kecoh apabila laporan itu dikeluarkan tanpa kebenaran pasangan terbabit.

Ditanya oleh hos Bawang Live, Dahlia Syazwan adakah Nabil bakal bergelar bapa. Kata Nabil; “Saya bapa kepada kucing-kucing dan bisnes saya.”

Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : GEMPAK.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.