Tunai Kewajipan Bayar Zakat, Tapi Ada Pula Yang Cakap Aliff Syukri Menunjuk Disebabkan Buat Macam Ni

Membayar zakat adalah satu kewajipan untuk setiap orang Islam yang cukup syaratnya.

Begitu juga buat usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri yang melaksanakan kewajipan itu.

Beliau memberitahu perkara tersebut melalui satu hantaran di Instagram miliknya pada 4 Mac 2021.

Hantaran beliau berkenaan disertakan dengan doa pada ruangan caption.

Selain memohon agar dipermudahkan segala urusannya dan orang ramai, Aliff juga berharap dirinya diberi kekuatan iman dan ketabahan dalam mengendalikan perniagaan.

Beliau berharap zakat yang disalurkan tersebut dapat meringankan beban orang yang memerlukan.

Sementara itu, perkongsian beliau mendapat pujian daripada para netizen di ruangan komen.

Bagaimanapun, ada juga yang mengira bahawa tindakan beliau berkongsi perkara itu di media sosial adalah untuk menunjuk-nunjuk.

Apapun, ayuh kita pandangnya dari sudut positif.

Semoga perkongsian beliau dapat memberi kesedaran kepada orang ramai untuk menjalankan tanggungjawab mereka pula.

Sumber: Instagarm Datuk Seri Aliff Syukri

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber :https://www.hotfm.com.my/hotviral-tunai-kewajipan-bayar-zakat-tapi-ada-pula-yang-cakap-aliff-syukri-menunjuk/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.