Sakit Tulang Belakang Makin Merosot, Zamani Bergerak Naik Skuter 3 Roda

Terpaksa menghentikan rawatan penyakit skoliosis atau tulang belakang melengkung sejak bulan lalu kerana masalah kewangan, Zamani kini lebih selesa bergerak naik skuter tiga roda.

Zamani berkata dia memerlukan kos di antara RM250 hingga RM300 setiap kali menjalani rawatan yang dipanggil kiropraktik.

“Alhamdulillah keadaan kesihatan saya masih lagi dalam keadaan baik, saya hanya mengalami masalah tulang belakang. Sepatutnya perlu jalani rawatan setiap dua minggu sekali, namun kosnya agak tinggi.

“Oleh kerana mereka tak tetapkan kekerapan rawatan, saya pilih untuk pergi hanya apabila betul-betul sakit, ” katanya kepada mStar.

Ditanya sama ada dia menerima apa-apa bantuan kewangan daripada pihak dalam industri, Zamani berkata dia lebih selesa untuk terus berkerja.

“Sumbangan daripada badan-badan yang terlibat dalam industri seni setakat ni tak ada lagi. Saya pula lebih selesa nak kerja sendiri, kalau boleh bagi la bantuan menerusi tawaran kerja… itu lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Zamani ebrkata dia masih boleh mencari rezeki serta menafikan keadaan fizikalnya itu menyebabkan dirinya sukar untuk mendapat tawaran persembahan.

“Kepada pihak yang ingin memberi tawaran, keyakinan anda itu perlu letak pada 100%. Insya-Allah saya masih boleh bekerja, cuma dari segi fizikal tu saya tak dapat nak buat apa-apa,” ujarnya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : Rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.