‘Saya Percaya Ini Rezeki Dia’- Fazura Buka Akaun Bank Baru Untuk Anaknya, Fatima

Pasangan selebriti Nur Fazura Sharifuddin dan Fattah Amin akvi akan cuba menjavhkan seboleh mungkin anak perempuan mereka, Nur Fatima Aisya yang berusia enam bulan dari media sosial.

“Saya lebih suka menutup hal peribadi dalam kehidupan keluarga kami,”- kata aktres itu kepada NST.

Foto: Instagram @missfazura

Namun buat kali pertama, Fazura akhirnya bersetuju menampilkan Fatima dalam iklan. Menurut Fazura, sebelum ini sudah menerima beberapa tawaran lain namun dia terpaksa menolak.

“Saya terpaksa tolak kecuali yang satu ini kerana konsep dia hebat di mana memperlihatkan aksi ibu dan anak perempuan di pusat membeli-belah,”- jelasnya.

Buka Akaun Bank Sendiri Untuk Anak

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Fazura (@missfazura)

Fazura berkata,  pendapatan dari iklan tersebut akan masuk terus ke dalam akaun bank anak perempuannya yang baru dibuka.

“Saya percaya ini adalah ‘rezeki’. Mudah-mudahan, ketika dia dewasa, dia akan mempunyai dana mencukupi yang dapat digunakan untuk pendidikannya,”- katanya.

Nur Fazura, 38, dan Fattah, 31, berkahwin pada sebuah majlis pernikahan yang hanya dihadiri keluarga dan kenalan rapat pada 27 November 2017.

Mereka dikurniakan cahaya mata pertama, Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober tahun lalu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : muraimy

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.