[VIDEO] Akhirnya Neelofa Mengaku Salah, Buka Mulut Apa Sebenarnya Yg Berlaku

SELEPAS tervk dikec4m gara-gara tidak sens1itif dengan berkongsi foto dan video aktiviti bersantai ketika berada di Pulau Langkawi, selebriti Noor Neelofa Mohd Noor akhirnya tampil mengakui kesilapannya itu.

Kesal kerana menimbulkan rasa kurang senang orang ramai, Neelofa, 32, berkata dia sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat.

“Saya nak mohon maaf kerana kurang menjaga sens1itiviti tentang hal ini.

“Ada banyak perkara yang saya terlepas pandang… saya sepatutnya memberi contoh yang lebih baik,” katanya menerusi rakaman video kepada mStar.

Perkongsian Neelofa di Instagram ketika bermain jet ski.

Tambah isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz ini lagi, dia terbuka menerima sebarang tindakan daripada pihak berkuasa berhubung isu pel4nggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Saya seikhlas hati mohon maaf atas segala kesalahan SOP yang dalam pengetahuan mahupun luar pengetahuan saya.

“Saya dan suami menerima dengan hati terbuka segala keputusan dan tindakan daripada pihak berkuasa,” katanya.

Saya dan keluarga saya, serta suami dan keluarganya hadir di IPD Dang Wangi untuk membantu s1iasatan pihak berkuasa.

NEELOFA

PELAKON / PENGACARA

Terdahulu Neelofa dan Riz atau Haris Ismail, 26, mengundang kem4rahan ramai apabila dilihat seolah-olah menyalahgunakan kebenaran rentas negeri ke Langkawi.

Perkongsian aktiviti bersantai di pulau peranginan itu dilihat bercanggah dengan tujuan asal mereka ke sana yang dikatakan atas urusan kerja.

Selain itu polis juga membuka kertas s1iasatan selepas timbul kekecohan bahawa majlis pernikahan mereka yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Foto yang menjadi pertikaian netizen berhubung dakwaan pelanggaran SOP ketika majlis pernikahan Neelofa.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyak1it Berjangkit 1988 (Akta 342).

Mengulas mengenai perkembangan siasatan kes berkenaan, Neelofa berkata anggota keluarga kedua-dua belah pihak selesai memberi keterangan kepada polis.

“Alhamdulillah akhirnya selesai… saya dan keluarga saya serta suami dan keluarganya hadir di IPD Dang Wangi untuk beri kerjasama dan juga keterangan untuk membantu siasatan pihak berkuasa,” katanya.

Neelofa dan Riz diijabkabul pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.

VIDEO :

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.