Shuib Tak Rasa Wujud Standard, Respon Fasal Golongan ‘Kayangan’ – “Sama Sahaja, Kami Dik0mpaun RM1,000 Kerana Langg4r SOP.”

Pelawak dan bekas penyampai radio, Shuib menol4k d4kwaan selebriti yang dikatakan sebagai golongan ‘kayangan’, tidak akan dijatvhi hukvman jika melangg4r prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh Perintah Kaw4lan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Bercakap melalui pengalamannya bersama isteri yang juga penyanyi, Siti Sarah, dia tidak melihat wujudnya standard berbeza hukvman, lebih-lebih lagi ketika negara berdepan cab4ran pandem!k c0vid-19.

“Sama sahaja, saya dan isteri dikompaun RM1,000 seorang kerana melanggar SOP sebelum ini. Kami mengakui kesalahan dan tidak ada pengecualian dalam menerima hukuman.

“Tetapi kesalahan itu bukanlah kerana merentas negeri. Sebab soal merentas negeri kami mempunyai dokumen lengkap berkaitan kerja,” katanya kepada MH.

Shuib berkata demikian ketika menghadiri majlis berbuka puasa Indigital Music, di 10Gram Puchong, baru-baru ini.

Malah jelasnya lagi, sebagai seorang selebriti dia juga tidak pernah mendapat layanan berbeza-beza dalam situasi yang berkaitan.

“Tidak wujud golongan kayangan atau apa. Sebab di mata undang-undang kita semua sama. Termasuklah menteri sekalipun,” katanya yang turut memohon maaf sekali lagi atas khilaf yang dilakukan.

Terdahulu pada Februari lalu, pasangan selebriti ini telah dikenakan kompaun kerana didapati duduk di sebuah meja melebihi dua orang serta tiada penjarakan fizikal di sebuah restoran.

Malah foto tersebut turut tular di media sosial sehingga para peminat memberikan pelbagai reaksi mengenai insiden berkenaan.

Foto: Instagram Shuib, Sarah

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber : MediaHiburan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.