Ron97 harga naik, hanya Ron95 dan diesel kekal

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), harga baharu ini adalah berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Harga runcit bagi petrol RON97 naik dua sen seliter iaitu daripada RM3.06 kepada RM3.08 seliter, manakala RON95 dan diesel kekal dengan masing-masing ditetapkan pada paras RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter. Harga terbaru adalah bagi tempoh 11 hingga 17 November 2021

Menurut MOF, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga Ron95 pada paras harga RM2.05 dan diesel RM2.15 seliter. Tambahnya lagi, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.