Zizi Kirana dimasukkan ke hospital, tidak dapat beraksi bersama artis idolanya di pentas ABPBH 34

Hasrat Zizi Kirana untuk beraksi bersama penyanyi idolanya, Fauziah Latiff dalam segmen persembahan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34 tidak kesampaian kerana dia dimasukkan ke hospital.

Tempat Zizi dig4ntikan dengan Wani Kayrie yang kebetulan tidak terikat dengan komitmen seni dan baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama Tahyul di Perlis bersama Fauziah atau lebih mesra disapa Jee.

Keputusan menarik diri dimaklumkan kepada pihak TV3 pada Rabu lalu disebabkan Zizi dimasukkan ke hospital.

Pengurusnya, Farahrizan Razak atau Farah mengesahkan penarikan diri Zizi berikutan faktor kesihatan tidak mengizinkan.

Katanya, Zizi amat ralat tidak dapat meneruskan persembahan yang dipersetujui awal, apatah lagi, berkongsi pentas dengan penyanyi idolanya sejak kecil.

“Zizi bekerja tanpa henti selepas sektor industri kreatif diberi kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).

“Sehari selepas mendirikan rumah tangga, Zizi terus menyambung kerja. Isnin lalu, kami ada bersembang kosong kerana masing-masing sudah kepenatan,

“Saya menemani Zizi menghadiri sesi latihan untuk sebuah program televisyen.

“Keesokannya, Zizi memaklumkan tidak sihat dan sak1t perut. Saya mendapat tahu Zizi ke hospital pada hari berkenaan untuk membuat pemeriksaan, seterusnya ditahan masuk wad,” katanya.

Bagaimanapun, Farah berkata, dia juga gagal menghubungi Zizi untuk punca dimasukkan ke hospital.

“Jika berdasarkan apa yang kami sembang, Zizi memang penat bekerja tanpa henti. Cuma, jika ada penyakit lain diberitahu doktor, saya memang tidak tahu.

“Semalam, Zizi sempat menghantar mesej memaklumkan risau dan ralat tidak dapat membuat persembahan serta menyusahkan penganjur ABPBH 34,” katanya.

Terdahulu, Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil mengakui teruja bergandingan dengan Jee yang disifatkan sebagai idolanya.

ABPBH 34 dibawa penaja utama, Xiaomi dan bakal disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), jam 9 malam, esok, tanpa penonton.

Sibuk Menjalankan Tanggungjawab Sebagai Isteri Setiap Hari. Aktiviti Harian Zizi Kirana Berubah Lepas Berkahwin.

Gen4p sebulan mendirikan rumah tangga, penyanyi Zizi Kirana berkata dia bahagia melayari alam perkahwinan bersama suami yang juga pelakon Yusuf Bahrin.

Menurut Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, aktiviti hariannya berubah selepas berkahwin kerana perlu menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

“Sekejap sahaja dah sebulan kami berkahwin, sejujurnya memang seronok. Sebelum ini urus diri sendiri saja, sekarang ni kena buat semua kerja berdua, dah jadi rutin sediakan bekal makanan untuk Yusuf. Pagi-pagi dah sibuk di dapur.

“Alhamdulillah Yusuf tak cerewet tentang makanan, apa sahaja yang saya masak dia makan. Lagipun dia makan makanan diet, tak susah nak sediakan. Ada hari yang saya sibuk dan perlu bergegas untuk bekerja, dia pula yang masak.

“Sebelum ini kami hanya saling mengenali menerusi video call, bila dah kahwin baru saya tahu Yusuf ni rajin orangnya. Kalau saya kerja dan dia pula cuti, dia akan selesaikan semua kerja rumah,” katanya kepada mStar.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Komedimedia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.