Gegar Vaganza kembali dengan musim terbaru!!

Program hiburan astro iaitu Gegar Vaganza kini kembali dengan musim ke 8. Percaya atau tidak, pelawak Yasin dan Saiful Apek dari kumpulan Senario adalah antara bintang yang diumum akan berentap dengan 12 peserta lain bagi merebut gelaran juara Gegar Vaganza 8 (GV8). Selain itu, turut dibawa bagi memeriahkan pentas GV8 kali ini ialah Adibah Noor dan Aliff Aziz.

Edisi kali ini merangkumi penyertaan daripada enam penyanyi solo lelaki, lima penyanyi solo wanita dan dua kumpulan duo. Selain Aliff Aziz, lima bintang solo lelaki yang membawa cabaran kali ini ialah Aweera, Azan Scan, Fazley, Shidee dan Bandi Amuk. Sementara itu, empat senarai penyanyi solo wanita yang turut menyahut cabaran musim ini ialah Ani Mayuni, Suki, Nikki dan penyanyi dari Indonesia, Upiak Isil.

Turut memberi saingan ialah kumpulan Nico sekali gus melengkap 13 penyertaan musim kali ini secara keseluruhan.

GV8 masih mengekalkan formal asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem permarkahan am sepenuhnya oleh juri profesional. Barisan juri tetap terdiri daripada maestro muzik tersohor, Ramli MS, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang dan guru vokal berpengalaman, Syafinaz Selamat.

Seperti sebelum ini, GV8 masih mengekalkan gandingan Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai pengacara.

Kalau ada netizen-netizen yang merindukan kerenah-kerenah lawak pasangan duo ini jangan lupa saksikan pada 21 Nov ni okay !

Konsert mingguan GV8 akan mula bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya selama 10 minggu pada setiap Ahad, pukul 9 malam dan dipancarkan secara eksklusif menerusi Astro Ria. Juara GV8 akan membawa pulang wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: Malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.