Gadis berbaju kurung buat aksi ‘backflip’ TERBAIK!

Pengalaman bermain lompatan trampolin pastinya mengujakan. Namun apa yang pasti, kelincahan seorang wanita beraksi dalam permainan itu menarik perhatian ramai menerusi perkongsian video di media sosial. Lebih mengagumkan apabila dia kelihatan selesa berbaju kurung biru ketika melompat dan melonjakkan badan ke udara sebelum membuat pusingan secara backflip.

Mira menerima banyak pertanyaan mengenai aktiviti di trampolin.

Mira atau nama sebenarnya Wan Nur Amirah Wan Mohd Azmi, mula bermain sukan trampolin sejak mengikuti pengajian diploma dan ijazah sarjana muda dalam bidang sains sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sehingga melakukan latihan praktikal pada 2019.

Dia yang berusia 25 tahun bagaimanapun tampil menjelaskan pemakaiannya itu bukan disebabkan menghadiri sebarang majlis yang memerlukannya untuk berbaju kurung.

“Saya bvkan balik dari kenduri kahwin atau mana-mana majlis pun. Video itu dirakam pada Jun lalu dan saya muat naik di TikTok minggu ini sebagai throwback.

“Masa tu saya baru balik selepas keluar berjalan-jalan dengan keluarga, dan kami singgah untuk bermain trampolin,” katanya kepada mStar, sambil merujuk kepada taman trampolin, JumpStreet Asia di Petaling Jaya, Selangor.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Sebenarnya tak sus4h pun nak buat backflip masa pakai baju kurung. Sebab backflip tidak perlu buka kaki, tak beri kesan pada kain.

“Kain batik dan kain pelikat suami pun pernah pakai buat backflip. Pergerakannya terlalu pantas, kain tak tersel4k,” ujarnya.

“Bagi mereka yang bertudung, boleh je nak buat backflip di trampolin. Tapi kena pin tudung di bahagian dada dan belakang.

“Tak kira lelaki atau perempuan, apa yang penting adalah penglihatan kita bila buat backflip. Kalau muka tertutup nanti bahaya, sebab tak nampak kita nak landing yang boleh meng4kib4tkan keced3raan kalau tersil4p,” tambahnya.

Dalam pada itu, Mira turut berkongsi pengalamannya melakukan aksi backflip beberapa kali tanpa henti di trampolin, termasuk ketika berbaju kurung.

“Kalau pakai baju kurung pernah buat backflip lima kali tanpa henti. Tapi paling banyak saya dapat buat adalah sembilan kali, masa tu pakai baju sukan,” tambahnya.

baju kurung backflip 3

 

Susulan berjubah dan berbaju kurung di trampolin, beberapa netizen turut mencadangkannya supaya beraksi dalam beberapa pakaian termasuk telekung.

“Ada yang request saya pakai telekung buat backflip tapi bagi saya, ia tak sesuai kerana telekung dipakai untuk solat. Kena jaga sensit1viti, dan nanti kena kec4m.

“Bagaimanapun, pertanyaan dan cadangan mereka menarik lebih ramai untuk melakukan sukan trampolin yang tak begitu expose di Malaysia.

“Badan ringan atau berat, sesiapa pun boleh buat backflip di trampolin. Tip adalah kena berlatih dan biasakan diri dengan trampolin.

“Minda kena betul-betul fokus. Kalau rasa t4kut bahaya, jangan buat. Kena belajar balance diri. Jangan juga makan dulu dan terus lompat, nanti muntah,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatMalaysia

Sumber: mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*


This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.